Catatan

Apa yang pasti, jika Akhyar mengambil keputusan untuk menyertai Johor Darul Ta’zim musim hadapan, maka keputusan tersebut dilihat sebagai satu keputusan yang tepat kerana JDT bakal beraksi di pentas terbesar bagi kelab di rantau Asia iaitu Asia Champions League musim hadapan. Selain dapat beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia, Akhyar dapat beraksi di samping pemain terbaik dalam negara seperti Safawi Rasid dan beliau bakal berlatih di fasiliti yang bertaraf dunia. Ketiga-tiga elemen ini bakal memainkan peranan penting dalam perkembangan karier Akhyar Rashid jika beliau mahu menjadi pemain terbaik negara pada masa akan datang. . . #AyuhJohor #HarimauSelatan #PermataSelatan #KeluargaJDT #Semuanya_JDT #LuaskanKuasamu #Johor #JDT #JDTFamily #LigaMalaysia #DemiJohor #jdtforall #jdtuntuksemua