Pahang akan berdepan cabaran getir apabila bertemu tempat pertama liga dan juga juara bertahan, JDT di Stadium Darul Makmur.

Pahang berdepan JDT, Selangor beraksi di Stadium UiTM


MFL secara rasmi mengeluarkan jadual penuh Liga Super yang akan disambung bermula 26 Ogos sehingga 23 September.
Tiga perlawanan pada 26 Ogos akan menyaksikan pasukan tempat ketiga liga, Pahang akan berdepan cabaran getir apabila bertemu tempat pertama liga dan juga juara bertahan, JDT di Stadium Darul Makmur.
Pasukan tempat kedua liga, Perak mahu terus memberi tekanan kepada JDT apabila bertemu Melaka yang berada di tangga ke-11 liga selepas dipotong enam mata akibat gagal membayar ansuran tunggakan gaji dalam tempoh yang ditetapkan.
Felda United yang diterajui Nidzam Jamil mempunyai peluang untuk meraih tiga mata penuh apabila menerima kunjungan UiTM FC di Stadium Tun Abdul Razak.
Tiga lagi perlawanan diadakan pada 27 Ogos.
Terengganu berdepan Sabah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
PDRM menerima kunjungan pasukan yang menghadapi krisis kewangan, Kedah di Stadium Kuala Lumpur.
Selangor akan bertemu PJ City, namun akan beraksi di Stadium UiTM, selepas MFL tidak membenarkan Stadium Shah Alam digunakan pada musim ini.

Ulasan