REKOD JDT KELAB PERTAMA MALAYSIA DALAM LIGA JUARA-JUARA AFC (ACL)
Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mula bersaing di peringkat Asia pada tahun 2015 selepas menjadi Juara Liga Super 2014. Itu adalah syarat utama bagi sebuah pasukan dari Malaysia untuk melayakkan diri dalam saingan peringkat Asia. Ia selain dari kedudukan Malaysia dalam ranking AFC.
Dalam penyertaan sulong itu, JDT beroleh kejayaan cemerlang apabila berjaya menjuarai Piala AFC 2015 di Dushanbe setelah menewaskan Kelab Istiqlol 1-0.
JDT TIDAK MENOLEH KE BELAKANG LAGI
Selepas kejayaan besar basgi sebuah kelab di Malaysia itu, JDT tidak lagi menoleh ke belakang seolah-olah telah menemui aura dan semangat untuk lebih maju ke hadapan.
Sebenarnya pada tahun yang sama itu juga (2015), JDT telah berjinak-jinak dengan Liga Juara-Juara AFC di ketika itu namun hanya di peringkat kelayakan.
Empat tahun JDT mencuba nasib dan menimba pengalaman akhirnya berjaya layak ke peringkat kumpulan terus melalui kedudukan ranking kelab AFC.
Sejak itu, 2019, Kelab JDT dianggap sebagai pencetus dan pencipta rekod-rekod bola sepak Malaysia terutama di peringkat Asia. Bermula dengan kejuaraan Piala AFC, kini Liga Juara-Juara AFC pula.
REKOD DAN CATATAN YANG DICIPTA
1. Kelab pertama Malaysia bermain dalam peringkat kumpulan ACL. – Perlawanan pertama adalah menentang Kashima Antlers di Stadium Kashima di mana JDT tewas 1-2.
2. Kelab pertama Malaysia yang mencipta jaringan dalam ACL. – Jaringan pertama oleh Diogo Santo dalam perlawanan dengan Kashima Antlers pada 05 MAc 2019.
3. Kelab pertama Malaysia memperoleh mata dalam ACL. – Mata pertama JDT dikutip apabila seri 1-1 menentang Gyeongnam FC di Stadium Larkin pada 12 Mac 2019.
4. Kelab pertama Malaysia yang beroleh kemenangan dalam ACL. : Kemenangan pertama dan satu-satunya kemenangan tahun itu diraih di Stadium Larkin, Johor Bahru pada 08 Mei 2019. JDT berjaya menewaskan Kashima Antlers.
Gol tunggal perlawanan dan gol kemenangan tersebut dijaringkan oleh Syafiq Ahmad pada minit ke 69.
Antara kemenangan JDT yang manis dalam penyertaan sulong itu adalah mencipta kejutan besar dalam Liga Juara-Juara AFC 2019 selepas mencapai kemenangan 1-0 ke atas juara bertahan Kashima Antlers.
Ia adalah satu malam yang akan diingati di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos pada 8 Mei 2019 apabila JDT mengukir satu lagi kejayaan dalam sejarah bola sepak Malaysia dengan menjadi pasukan Malaysia pertama yang menang dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC.
Untuk melakukannya di hadapan penyokong mereka terhadap kelab gergasi Jepun, Kashima Antlers yang juga juara bertahan ACL2018 memerlukan satu kesungguhan, semangat dan komitmen yang tinggi.
Ia juga menjadi titik tolak dan hala tuju di masa hadapan JDT dalam kancah bola sepak peringkat tertinggi Asia. Tidak mustahil JDT boleh menjadi sebuah kelab elit bola sepak Asia setanding dengan kelab gergasi lain.
5. Kelab Malaysia pertama bermain dua musim berturut-turut dalam peringkat kumpulan ACL. Ia bermula dari musim lepas, 2019. Sebelum ini JDT hanya bersaing dalam peringkat kelayakan selama 4 tahun.
6. JDT mencipta rekod 2 kemenangan dalam Liga Juara-Juara AFC : Walaupun baru hanya 2 kemenangan namun ia masih belum ada lagi kelab lain di Malaysia yang dapat menyamai rekod tersebut. Dan jumlahnya akan meningkat dari masa ke semasa.
7. JDT cipta rekod pertama kemenangan di Stadium Sultan Ibrahim. : Perlawanan sulong ACL2020 bagi JDT di Stadium Sultan Ibrahim mencatat rekod menewaskan kelab gergasi Korea, Suwon Bluewings Samsung 2-1 pada 03 Mac lepas.
8. JDT berjaya mengekal rekod ada sekurang-kurangnya 1 kemenangan setiap kali bersaing dalam ACL. Bukannya mudah kerana ada beberapa pasaukan yang bersaing dalam peringkat kumpulan tanpa sebarang kemenangan daripada 6 perlawanan. Contohnya pada ACL2019, Sydney FC, Melbourne Victory dan Al-Ain (UAE) bermain tanpa sebarang kemenangan.
9. 7 gol telah dijaringkan oleh 5 penjaring JDT iaitu Safawi Rasid (2), Diogo Ssanto (2), Syafiq Ahmad (1)Gonzalo Cabrera (1), Mauricio Nascimento (1) dan Leandro Velazquez (1).
10. Safawi Rasid berjaya memperoleh anugerah AFC semalam hasail jaringan lencungan terbaik mengatasi 4 calon yang lain.
Baca juga : Safawi Menang Anugerah Gol Lencung Terbaik ]
11. Safawi Rasid merupakan penjaring gol tempatan yang pertama dalam ACL. Gol itu diperoleh pada 9 April 2019 ketika JDT melawan Shandong Luneng di Stadium Jinan.
12. Safawi Rasid dan Diogo Santo berkongsi penjaring terbanyak JDT dalam saingan ACL sehingga hari ini, iaitu 2 gol setiap seorang.
13. Mauricio Nascimento turut memenangi anugerah ‘Allianz Goal of the Week’ anjuran AFC. Gol beliau hasil tandukan ketika menang menewaskan Suwon Bluewings.
Baca juga : JARINGAN MAURICIO MELALUI TANDUKAN DINOBAT GOL TERBAIK
Penulis rasakan rekod-rekod yang tercipta itu belum berakhir lagi. Malah ada lagi rekod-rekod sejarah yang bakal tercipta dari tahun ke tahun mendatang.
Kredit Foto : AFC
Ulasan
Catat Ulasan