Yayasan JDT melalui program YJDT-H.E.R.O telah menyumbang sebanyak RM30,000.00 kepada Tabung Bencana Negeri Johor bagi membantu meringankan beban mereka yang terkesan ekoran penularan pandemik COVID-19. (1/4)

Sumbangan tersebut disampaikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Noorazam Bin Dato’ Haji Osman, Pengerusi Yayasan JDT kepada YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor, hari ini. Hadir sama, Encik Raja Haji Fouzeel Akmal Bin Raja Haji Zainal, Pengurus Besar Yayasan JDT.
(2/4)

YJDT- H.E.R.O merupakan program tanggungjawab korporat (CSR) yang memberi fokus kepada bidang kebajikan untuk disalurkan kepada rakyat Johor.
(3/4)

Ia selaras dengan penubuhan Yayasan JDT iaitu menyempurnakan amanah dan amanat para penyumbang dengan menyalurkan hasil sumbangan mereka kepada masyarakat memerlukan.
(4/4)

Imej
Imej

Imej

Imej

Ulasan