MSK Zilina yang pernah beraksi menentang JDT dalam sesi pra-musim di Dubai, UAE pada Januari lalu, kini dalam proses likuidasi.

MSK Zilina jatuh bankrap



Kelab Slovakia, MSK Zilina diisytiharkan bankrap dan terpaksa melepaskan 17 daripada 51 pemain selepas terkesan dengan kehilangan sumber pendapatan berikutan penangguhan liga ekoran wabak COVID-19.
Padahal, Zilina merupakan salah satu pasukan yang mempunyai kewangan kukuh, malah pernah beraksi menentang JDT dalam jelajah pra-musim di Dubai, UAE pada bulan Januari lalu.
Menerusi kenyataan rasmi di laman rasminya, juara tujuh kali itu membuat keputusan untuk melepaskan sejumlah besar pemain bagi menyelamatkan kelab.
“Pelikuidasi melepaskan pemain yang meraih gaji tertinggi dan yang hampir tamat kontrak pada musim ini,” kata kelab itu.
“Bajet 2020 adalah berdasarkan sumber pendapatan yang akan diterima ketika tempoh perpindahan pemain pada musim panas. Hari ini, jumlah bajet tersebut hampir kosong.
Walaubagaimanapun, barisan pemain yang dilepaskan terkejut dengan keputusan tersebut.
Penjaga gol, Dominik Holec berkata pemecatan 17 pemain adalah disebabkan mereka tidak bersetuju dengan pemotongan gaji sehingga 80 peratus.
“Kami bersedia untuk berbincang, tapi memotong gaji sehingga 80 peratus, itu agak banyak.”
Pemain tengah, Miroslav Kacer juga tidak menyangka kelabnya akan membuat keputusan sedemikian.
“Kami terima cadangan daripada kelab dan kami tidak bersetuju. Tapi kami mahu kata sepakat dalam hal ini. Kami tak tahu pula kelab akan isytihar bankrap.”
Zilina masih berharap dapat menamatkan kempen pada musim ini, dan akan menggunakan khidmat pemain muda.
“Para pemain muda, yang menunjukkan kesungguhan dan kesatupaduan akan meraih peluang untuk beraksi.
Zilina menjadi kelab bolasepak pertama yang jatuh bankrap disebabkan wabak COVID-19.

Ulasan