Walaupun bergelut, JDT berjaya juga meraih tiga mata penuh ke atas PDRM.

[VIDEO] Diogo jaringkan gol kemenangan saat akhir buat JDT


JDT meraih kemenangan ketiga berturut-turut musim ini selepas menang 1-0 ke atas PDRM di Stadium Cheras.
Tanpa pemain terbaik musim lepas musim lepas iaitu Safawi Rasid serta Gonzalo Cabrera yang berada di bangku simpanan, JDT tampak bergelut untuk menjaringkan gol.
Malah, yang mengejutkan Akhyar Rashid masuk menggantikan Leandro Velazquez seawal minit ke-14.
Juara bertahan Liga Super bertambah resah apabila Diogo menghasilkan dua percubaan namun kedua-duanya hanya singgah di tiang gol.
Mora membuat pertukaran dengan memasukkan Cabrera bagi menggantikan Liridon Krasniqi dan Akhyar pula ditukarkan dengan Syafiq Ahmad.
Hasilnya, Diogo akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke-84, sekaligus menjadi gol kemenangan serta memberikan mata penuh kepada JDT.

Ulasan