Safawi Rasid minta maaf, janji perbaiki prestasi
Selepas berlaku salah faham antara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Syifa Melvin, penyerang JDT, Safawi Rasid tampil memohon maaf terhadap perkara tersebut.
Pemain berusia 22 tahun itu dikritik selepas menunjukkan aksi hambar dalam Piala Sumbangsih 2020 dan dua perlawanan AFC Champions League.
Namun TMJ mendakwa prestasi Safawi menurun disebabkan hubungan dengan kekasihnya, Syifa Melvin.
Bagaimanapun, menerusi akaun rasmi Instagramnya, Safawi tidak menyalahkan sesiapa sebaliknya berharap dapat memperbaiki prestasinya dalam perlawanan akan datang.
“Kemenangan yang hebat buat JDT malam tadi. Dalam masa yang sama saya ingin minta maaf terhadap prestasi saya dan saya akan cuba tingkatkan tahap prestasi saya.
“Inshallah next game saya cuba bagi lagi yang terbaik untuk JDT. Tanpa ada sokongan daripada anda semua, belum tentu saya boleh berada pada tahap ini.”
JDT akan menerima kunjungan UiTM FC, Sabtu ini.
Ulasan
Catat Ulasan