Permulaan minggu CIMB Liga Super menyaksikan nasib malang menimpa tuan rumah apabila hanya JDT mampu meraih kemenangan manakala tiga lagi pasukan tersungkur di laman sendiri...#ForwardFootball #CIMBLigaSuper2020
CIMB LIGA SUPER 2020: PERAK, MELAKA BERMULA CEMERLANG
Permulaan minggu CIMB Liga Super menyaksikan nasib malang menimpa tuan rumah apabila hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) mampu meraih kemenangan manakala tiga lagi pasukan iaitu Terengganu FC, Pahang dan UiTM FC tersungkur di laman sendiri.
Sementara itu dua lagi pasukan, Felda United FC dan PDRM masing-masing meraih keputusan seri ke atas lawan masing-masing dalam perlawanan yang berlangsung pada Ahad.
JDT pada Jumaat lalu memenangi perlawanan pembuka tirai musim ini selepas menang tipis 1-0 ke atas Kedah pada aksi CIMB Piala Sumbangsih menerusi gol yang disumbangkan pemain pertahanan, Mauricio pada minit 45.
Terengganu FC yang memulakan langkahan mereka musim ini dengan kembali ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak gagal mengambil kesempatan di hadapan 25,000 penonton apabila tumbang 1-3 di tangan Perak.
Gol daripada pemain tengah, Sanjar Shaakhmedov pada minit-18 hanya menjadi kegirangan sementara buat skuad Penyu apabila Perak bangkit melakar kebangkitan yang sempurna.
Guilherme de Paula terlebih dahulu menjaringkan gol penyamaan pada minit-41 sebelum Shahrul Saad menanduk gol yang berpunca daripada situasi sepakan sudut untuk meletakkan pelawat di hadapan pada minit-53.
Perak menamatkan sisa-sisa api perjuangan Terengganu FC melalui gol ketiga pada minit-80 dengan jaringan kedua peribadi de Paula bagi meletakkan skuad The Bos Gaurus itu bergelar pendahulu pada minggu pertama CIMB Liga Super.
Menurut jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, beliau tidak mahu terbuai terlalu tinggi dengan kemenangan berkenaan tambahan pula ia baru menjadi perlawanan pertama buat pasukannya musim ini.
“Bukan mudah untuk menang di Terengganu kepada kebanyakan pasukan dan sesungguhnya saya gembira secara keseluruhan persembahan ditampilkan semua pasukan bagi meraih tiga mata penuh di laman lawan.
“Terengganu sebenarnya bermain agak baik terutama di separuh masa pertama cuma apabila kami tingkatkan lagi tekanan pada babak kedua, mereka agak sukar kekalkan rentak dan membuka peluang kepada kami, ” katanya.
Sementara itu, jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain memohon maaf kepada seluruh peminat sambil menyatakan mereka tewas ke atas lawan yang mempunyai kekuatan fizikal yang lebih baik.
“Kepada semua peminat yang hadir, saya minta maaf kerana tidak dapat bagi tiga mata pada malam ini dan secara keseluruhan, pemain-pemain kena belajar daripada kesilapan yang mereka lakukan hari ini.
“Momentum perlawanan banyak berubah selepas lawan menyamakan kedudukan dan apabila ketinggalan 1-2, mereka cuba cari gol penyamaan tetapi jaringan ketiga Perak terus melemahkan semangat pemain untuk bangkit, ” katanya.
Rakan Terengganu dari Pantai Timur, Pahang juga mengikuti jejak langkah sama apabila gol daripada Brendan Gan pada minit ke-89 membuatkan mereka kempunan untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata di Stadium Darul Makmur.
Penyerang baharu skuad Tok Gajah, Ivan Carlos membuka tirai jaringan pada minit ke-20 tetapi Selangor hanya mengambil tujuh minit sahaja memadamkan kelebihan Pahang sebelum Brendan muncul wira The Red Giants.
“Saya kurang berpuas hati dengan cara kita main tetapi saya berpuas hati kerana kita meraih tiga mata pada perlawanan pertama memandangkan perlawanan pertama memang susah.
“Perjudian saya membawa masuk Rufino (Segovia) pada separuh masa kedua membuahkan hasil apabila dia dapat memberikan hantaran berkualiti kepada Brendan untuk menjaringkan gol kemenangan,“ kata jurulatih Selangor, B. Satiananthan.
Satu lagi pasukan, UiTM FC yang pertama kali merasai pentas CIMB Liga Super terpaksa akur kepada kekuatan Melaka apabila tumbang 0-2 di Stadium UiTM.
Penyerang import yang berasal dari Haiti, Sony Norde membuka tirai jaringan pada minit-28 sebelum bekas pemain PKNS FC, Romel Morales memahatkan tiga mata buat Melaka melalui jaringan pada minit-90.
Manakala PDRM terpaksa berhempas pulas mengikat juara Liga Premier musim lalu, Sabah di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur melalui keputusan seri 0-0.
Tuan rumah memiliki peluang terbaik menerusi pemain tengah, Dirga Surdi pada minit-28 tetapi tandukkannya sedikit tersasar dengan kecemerlangan See Tian Keat banyak menafikan hajat Sabah meraih gol kemenangan terutama Alto Linus pada minit-64.
Sementara itu di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Felda United FC diikat PJ City FC 1-1 dalam pertarungan yang penuh mendebarkan.
Ariff Farhan Md. Isa membuka tirai jaringan pada minit-47 buat Felda United FC dan PJ City FC terlepas peluang menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti yang gagal disempurnakan oleh Demba Camara pada minit-64.
Namun, Mahalli Jasuli memastikan PJ City FC tidak pulang dengan tangan kosong apabila menyelamatkan maruah pasukannya dengan jaringan penyamaan pada minit-74.

Ulasan
Catat Ulasan