Prestasi Safawi Rasid merosot…disebabkan wanita?
Hari ini pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan apabila mendakwa prestasi pemainnya yang dipercayai Safawi Rasid merosot disebabkan tertekan kerana dipaksa untuk berkahwin dengan kekasihnya, Syifa Melvin.
Setakat ini, JDT sudah beraksi dalam tiga perlawanan kompetitif iaitu Piala Sumbangsih dan dua perlawanan kumpulan AFC Champions League.
Namun, Safawi hanya menjaringkan satu gol, itupun menerusi sepakan penalti ketika tewas 5-1 kepada Vissel Kobe.
Disebabkan itu, TMJ menganggap Safawi hilang fokus hingga gagal memberi aksi terbaik.
“Kemaruk sangat paksa ‘boyfriend’ kahwin. Beri tekanan setiap hari suruh ‘boyfriend’ kahwin pasal takut terlepas, ‘boyfriend’ kaya, popular.
“Satu keluarga kemaruk cari lelaki kaya dari dulu. Patut makin hancur ‘performance’ budak ini. Kepala dah tak ada dalam padang,” kata Tunku Ismail di laman sosial Instagramnya.
“Tidak ada sesiapa yang lebih besar daripada kelab. Kalau kepala dah tak boleh fokus pasal asyik kena ‘pressure’ setiap hari di paksa kahwin. Semoga maju jaya.Dalam hidup ada manusia bawa rezeki ada manusia bawa s***.
“Kekasih anda sepatutnya bukan tempat untuk mendapatkan duit tetapi ia dibina atas perhubungan bukannya suatu pekerjaan. Faham tak S M?”
Kami cuma mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan tidak perlu dibawa ke media sosial dan menimbulkan spekulasi yang tidak sepatutnya berlaku.
Ulasan
Catat Ulasan