Musim lepas, Muhaimin Mohamad bantu PJ City meraih kemenangan di Larkin. Musim ini, Muhaimin bantu Felda United pula bawa pulang satu mata di Stadium Sultan Ibrahim.
[VIDEO] Muhaimin Mohamad penghalang kemenangan JDT
Penjaga gol Felda United, Muhaimin Mohamad sekali lagi mencipta nama apabila berjaya membantu pasukannya meraih keputusan seri 1-1 dan menghalang JDT daripada meraih kemenangan keempat berturut-turut musim ini.
Pemain berusia 28 tahun itu menyelamatkan sepakan penalti Gonzalo Cabrera, sekaligus menjadi pasukan pertama Liga Super meraih mata di Stadium Sultan Ibrahim.
62' | Sepakan penalti Gonzalo Cabrera diselamatkan oleh penjaga gol @feldaunitedfc, Muhaimin Mohamad!#CIMBLigaSuper2020#JDTFEL#MFLLive
173 people are talking about this
Namun tidak ramai yang sedar bahawa Muhaimin juga pernah menghalang JDT daripada meraih kemenangan di Larkin musim lepas.
Tahun lalu, dia beraksi dengan PJ City dan berjaya menghalang segala asakan serangan tuan rumah dan membawa pulang tiga mata selepas menewaskan JDT 1-0 di Johor Bahru hasil jaringan Washington Brandao.
Musim ini, Muhaimin sekali lagi berjaya menghalang JDT daripada meraih kemenangan di laman sendiri.
Jurulatih Nidzam Jamil terkejut dengan prestasi Muhaimin ketika menentang JDT.
“Secara kebetulan Muhaimin pernah menang lawan JDT semasa beraksi di PJ City. Sebelum perlawanan dia ada buat kerja rumah dari aspek penalti dan sepakan penjuru dan nampaknya ia berhasil.
“Sikapnya dalam tiga perlawanan setakat ini sangat bagus dan saya harap dia boleh kekalkan prestasi untuk perlawanan seterusnya.”
Mungkin JDT perlu mempertimbangkan untuk menandatangani Muhaimin pada musim depan.
Ulasan
Catat Ulasan