LAPAN PEMAIN IMPORT TERMAHAL DALAM SAINGAN LIGA SUPER 2020, PEMAIN JDT DOMINASI SENARAI.

Penggunaan khidmat pemain import sudah menjadi satu kewajiban bagi setiap pasukan yang akan beraksi di Liga Malaysia terutamanya dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana. Jika mengambil khidmat pemain import, pasukan sudah pasti akan mengeluarkan dana yang besar bagi memastikan pemain yang ditandatangani mempunyai kualiti seperti yang diinginkan.
:
Di sini, kami senaraikan lapan pemain import termahal dalam saingan Liga Super musim ini versi laman web terkenal iaitu Transfermrkt.
:
1. Diogo Luis Santo (RM3.8 Juta)
Diogo menampilkan prestasi luar biasa ketika beraksi di Thai League dan JDT dikhabarkan membayar harga tinggi untuk mendapatkan khidmat beliau pada musim lalu.
:
2. Gonzalo Cabrera (RM3.6 Juta)
Sejak menyertai JDT pada, 2017, Cabrera merupakan salah satu pemain sayap terbaik dalam saingan Liga Malaysia.
:
3. Sanjar Shaakhmedov (RM3.3 Juta)
Sanjar sentiasa menjadi pilihan utama di samping Lee Tuck untuk mengisi jentera tengah pasukan Terengganu.
:
4. Leandro Velazquez (RM3.3 Juta)
Leandro kembali menyertai JDT pada 2019 lalu dan penjaring gol kemenangan skuad Harimau Selatan ketika memenangi Piala AFC 2015 itu terus menjadi pilihan untuk membarisi kesebelasan utama.
:
5. Mauricio de Nascimento (RM2.8 Juta)
Mauricio tampil dengan cemerlang setakat ini dimana beliau membantu JDT memenangi Piala Sumbangsih dan menjaringkan gol kemenangan ketika JDT menewaskan Suwon Samsung Bluewings dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2020.
:
6. Demba Camara (RM1.9 Juta)
Demba Camara pernah beraksi dalam saingan Ligue 1 dan beliau dibawa masuk bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan Petaling Jaya City FC.
:
7. Ifedayo Olesegun (RM1.8 Juta)
Sejak menyertai Selangor pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim lalu, Ifedayo terus diberi tanggungjawab untuk memimpin jentera serangan skuad Merah Kuning.
:
8. Dickson Nwakaeme (RM1.6 Juta)
Orang Besi bagi pasukan Pahang ini masih lagi mengekalkan reputasi beliau sebagai salah satu penyerang import terbaik dalam saingan Liga Malaysia. Dickson turut dilantik sebagai ketua pasukan bagi Pahang musim ini.
:
SUMBER : VOCKETFC
View this post on Instagram

LAPAN PEMAIN IMPORT TERMAHAL DALAM SAINGAN LIGA SUPER 2020, PEMAIN JDT DOMINASI SENARAI. : Penggunaan khidmat pemain import sudah menjadi satu kewajiban bagi setiap pasukan yang akan beraksi di Liga Malaysia terutamanya dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana. Jika mengambil khidmat pemain import, pasukan sudah pasti akan mengeluarkan dana yang besar bagi memastikan pemain yang ditandatangani mempunyai kualiti seperti yang diinginkan. : Di sini, kami senaraikan lapan pemain import termahal dalam saingan Liga Super musim ini versi laman web terkenal iaitu Transfermrkt. : 1. Diogo Luis Santo (RM3.8 Juta) Diogo menampilkan prestasi luar biasa ketika beraksi di Thai League dan JDT dikhabarkan membayar harga tinggi untuk mendapatkan khidmat beliau pada musim lalu. : 2. Gonzalo Cabrera (RM3.6 Juta) Sejak menyertai JDT pada, 2017, Cabrera merupakan salah satu pemain sayap terbaik dalam saingan Liga Malaysia. : 3. Sanjar Shaakhmedov (RM3.3 Juta) Sanjar sentiasa menjadi pilihan utama di samping Lee Tuck untuk mengisi jentera tengah pasukan Terengganu. : 4. Leandro Velazquez (RM3.3 Juta) Leandro kembali menyertai JDT pada 2019 lalu dan penjaring gol kemenangan skuad Harimau Selatan ketika memenangi Piala AFC 2015 itu terus menjadi pilihan untuk membarisi kesebelasan utama. : 5. Mauricio de Nascimento (RM2.8 Juta) Mauricio tampil dengan cemerlang setakat ini dimana beliau membantu JDT memenangi Piala Sumbangsih dan menjaringkan gol kemenangan ketika JDT menewaskan Suwon Samsung Bluewings dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2020. : 6. Demba Camara (RM1.9 Juta) Demba Camara pernah beraksi dalam saingan Ligue 1 dan beliau dibawa masuk bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan Petaling Jaya City FC. : 7. Ifedayo Olesegun (RM1.8 Juta) Sejak menyertai Selangor pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim lalu, Ifedayo terus diberi tanggungjawab untuk memimpin jentera serangan skuad Merah Kuning. : 8. Dickson Nwakaeme (RM1.6 Juta) Orang Besi bagi pasukan Pahang ini masih lagi mengekalkan reputasi beliau sebagai salah satu penyerang import terbaik dalam saingan Liga Malaysia. Dickson turut dilantik sebagai ketua pasukan bagi Pahang musim ini. : SUMBER : VOCKETFC

A post shared by BrotherhoodJOHOR (@brotherhoodjohor) on

Ulasan