Kedua-dua pemain ini pernah membantu JDT memenangi Liga Super dalam musim yang berbeza namun kedua-duanya kini beraksi bersama-sama di Argentina.

Dua pemain JDT kini di Defensa


Dua bekas pemain import JDT, Fernando Marquez dan Juan Martin Lucero didapati beraksi dengan pasukan Liga Argentina, Defensa y Justicia.
Lucero sudah pasti menjadi antara pemain yang diingati oleh peminat JDT apabila pernah berganding dengan Jorge Pereyra Diaz pada musim 2016 dan memenangi Piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala FA.
Fernando Marquez sertai JDT di pertengahan musim 2018 dan sempat menjaringkan 7 gol sekaligus membantu JDT mempertahankan Liga Super.
Namun, Fernando tidak kekal lama di Johor Bahru apabila beliau kembali ke Defensa pada awal tahun lepas.
Lucero pula sertai kelab Mexico, Tijuana pada 2017 dan masih lagi merupakan mempunyai kontrak dengan pasukan itu, cuma pemain berusia 28 tahun itu dipinjamkan ke Defensa, kelab yang memulakan karier bolasepaknya.
Defensa dikendalikan oleh legenda bolasepak Dunia, Hernan Crespo dan menamatkan musim 2019-2020 di tangga ke-6 dengan mengumpul 36 mata.
Berbeza dengan kebanyakan liga di dunia, Liga Argentina mempunyai dua kejohanan liga iaitu SuperLiga dan Copa de La SuperLiga.
SuperLiga yang terdiri daripada 24 pasukan berlangsung dari 26 Julai 2019 hingga 9 Mac.
Selepas itu, 24 pasukan dibahagi kepada dua kumpulan untuk bersaing dalam Copa de La SuperLiga yang berlangsung dari bulan Mac hingga Mei.
Seperti pemenang SuperLiga, pemenang Copa de La SuperLiga akan layak menyertai Copa Libertadores.

Ulasan