Jika wabak koronavirus menular dalam kalangan penyokong, siapa yang akan bertanggungjawab?

[VIDEO] Boys of Straits bersorak di luar Stadium Sultan Ibrahim di tengah wabak koronavirus


Walaupun FAM dan MFL sudah mengumumkan bahawa semua perlawanan Liga Malaysia minggu ini diadakan tanpa kehadiran penonton bagi mengekang penularan wabak COVID-19, penyokong tegar JDT, Boys of Straits dilihat berkumpul dan bersorak di luar Stadium Sultan Ibrahim malam semalam.
Ketika perlawanan antara JDT dan Felda berlangsung dalam stadium, penyokong JDT dilihat bersorak dan menyanyi bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

Namun tindakan mereka berkumpul beramai-ramai dan kata-kata “kekangan bermain tanpa penyokong tidak menghalang kami” seolah-olah mereka tidak mempedulikan situasi genting ketika ini.
Bukan sahaja di Johor Bahru, terdapat beberapa perlawanan lain yang turut didatangi sekumpulan penyokong dengan bilangan yang kecil.
Ada sebab mengapa penyokong tidak dibenarkan datang ke stadium.
Jika wabak koronavirus menular dalam kalangan penyokong, siapa yang akan bertanggungjawab?
Penyokong tidak suka dipersalahkan.

Ulasan