- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
JDT Jana Pendapatan Lebih RM800,000 Dalam Masa 4 Hari, Tarik Hampir 60,000 Penyokong Ke Stadium
Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menjana pendapatan yang dianggarkan lebih RM810,000 dalam tempoh 4 hari ketika perlawanan CIMB Piala Sumbangsih dan juga perlawanan AFC Champions League bertemu kelab dari Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings semalam.
Jumlah anggaran diatas adalah diambil dari jumlah kehadiran penonton yang hadir ke stadium bagi kedua-dua perlawanan serta bonus kemenangan yang dijanjikan oleh pihak AFC yang termaktub dalam peraturan kejohanan tersebut.
Kehadiran penonton ke stadium bagi kedua-dua perlawanan itu adalah;
- CIMB Piala Sumbangsih: 34,252 orang.
- AFC Champions League: 25,524 orang
Ini menjadikan jumlah kehadiran penonton ke Stadium Sultan Ibrahim bagi 2 perlawanan dalam tempoh 4 hari itu adalah 59,776 orang, dan jika harga sekeping tiket dijual adalah RM10, ia membolehkan pasukan JDT menjana RM597,760 dari segi kutipan tiket perlawanan.
Kemenangan 2-1 keatas Suwon Samsung Bluewings semalam juga membolehkan JDT menerima hadiah bonus prestasi berjumlah USD50,000 atau sekitar RM209,000.
Jika dijumlahkan hasil kutipan jualan tiket 2 perlawanan tersebut serta hadiah bonus yang diterima, JDT telah berjaya menjana RM806,760 dalam tempoh 4 hari sahaja!
Mungkin ada yang melihat angka ini tidak begitu besar bagi kelab seperti JDT, tetapi adalah lebih penting untuk kita melihat dalam satu gambaran yang lebih besar dimana potensi yang boleh diterokai jika pasukan bola sepak mampu dikawal selia dan tadbir urus dengan profesional.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan