INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR SULTANATE'S CONCERN FOR WELFARE OF RAKYAT - PART THREE

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | KEPRIHATINAN ISTANA JOHOR TERHADAP KEBAJIKAN RAKYAT - BAHAGIAN TIGA
Kesultanan Johor Moden telah membentuk kerajaan yang menitikberatkan kebajikan rakyat dan negeri. Sumbangan kurnia dari Istana Johor kepada rakyat dan negeri ini sejak kurun ke-19 hingga kini tidak pernah terhenti. DYMM Sultan Johor sebagai pemerintah tertinggi sentiasa mengambil tahu mengenai perkara-perkara yang berlaku kepada negeri dan rakyat baginda.
Pada tahun 1899 Sultan Sir Ibrahim menitahkan agar kesemua elaun bulanan yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri kepada baginda sebagai Raja yang mengepalai Kerajaan Negeri Johor dikembalikan semula kepada kerajaan untuk keperluan rakyat.
Langkah yang sama turut diikuti oleh Sultan Sir Ismail, Sultan Iskandar dan kini DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor serta DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor. Ini membawa maksud selama hampir lebih 111 tahun rakyat dan negeri ini telah menikmati kelebihan ini secara tidak langsung.
Ketika negeri Johor menghadapi pelbagai bencana seperti banjir, ribut, kebakaran, pencemaran berat dan terkini wabak Covid-19, baginda Tuanku dan seluruh Keluarga Diraja tidak melepaskan kesemua tanggungjawab itu kepada pihak berwajib. Sumbangan kurnia dari Istana terus diberikan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan bebanan rakyat yang ditimpa bencana.
Kemurahan hati Keluarga Diraja Johor dalam memainkan peranan bersama-sama kerajaan negeri wajar dihargai oleh sekelian rakyat Johor. Kurniaan berupa wang ringgit, pelbagai barangan keperluan, bantuan pendidikan, peralatan berteknologi untuk hospital dan lain-lain bidang serta banyak lagi sentiasa berterusan.
Lebih menyentuh hati, kurniaan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor kepada keluarga fakir dan miskin yang terpilih tidak mengira kaum disampaikan melalui kesemua pejabat-pejabat daerah yang dilaksanakan setiap bulan sejak tahun 2016 sehingga kini. Jelas bahawa di Johor, tiada jurang yang memisahkan kaum, kerana semua adalah Bangsa Johor. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR SULTANATE'S CONCERN FOR WELFARE OF RAKYAT - PART THREE
The Modern Johor Sultanate has formed a government that focuses on the welfare of the rakyat and state. Contributions from the Johor Palace to the rakyat and state since the 19th century until today have never stopped. HM Sultan of Johor as the highest ruler has always wanted to know everything that happens to the state and rakyat.
In 1899, Sultan Sir Ibrahim decreed that all monthly allowances allocated under the Johor State Constitution for His Majesty as ruler would be returned to the government for the rakyat's needs.
The same move has since been made by Sultan Sir Ismail, Sultan Iskandar and now HM Sultan Ibrahim and HRH Major General Tunku Ismail, Crown Prince of Johor. It means for almost 111 years, the rakyat and state have enjoyed additional funds indirectly.
When Johor faces disasters such as floods, storms, fires, heavy pollution incidents and now the Covid-19 outbreak, His Majesty and the Royal Family have never let all responsibilities be handled by the authorities only. Contributions from the Palace have continued to be given in all forms to lighten the burden of the affected rakyat.
The Johor Royal Family's generosity in carrying out responsibilities alongside the state government should be appreciated by all Johor rakyat. Contributions in the form of money, basic necessities, educational help, technological equipment for hospitals and other fields as well as many more will always come through.
More touchingly, contributions from HRH Major General Tunku Ismail, Crown Prince of Johor, to the poor and needy regardless of race have been made through district offices every month since 2016. Clearly in Johor, there's no gap that separates races because everyone is Bangsa Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Imej

Ulasan