FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | JOHOR SENTIASA DI MATA DUNIA SEJAK ZAMAN BERZAMAN - BAHAGIAN SEPULUH
Negeri Johor tidak pernah sunyi daripada menjadi pelopor serta mencipta nama tidak hanya di peringkat negara malah di peringkat antarabangsa. Menjadi pencetus, bukan suatu perkara yang mudah kerana ia melibatkan satu kerjasama besar di antara pemerintah negeri, kerajaan dan juga rakyat. Jalinan muafakat di antara semua entiti tersebut telah melahirkan satu keberhasilan yang berkualiti dan menjadi contoh.
Bertema 'Where The Asian Football Industry Meets', DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor adalah antara pemberi ucaptama dalam persidangan antarabangsa berprestij tersebut. Turut bersama adalah Presiden La Liga, Javier Tebas, Ketua Transformasi Digital dan Pegawai Inovasi Antarabangsa FIFA, Luis Vicente dan ramai lagi wakil dari kelab-kelab terkemuka Eropah.
World Football Summit memberi peluang kepada golongan tokoh-tokoh berpengaruh dalam dunia bola sepak untuk bertemu, membincangkan topik-topik yang berkaitan dan menjana peluang perniagaan. Ia merupakan satu platform untuk bergaul dengan golongan-golongan elit dan ternama dalam industri bola sepak.
Apa yang dilaksanakan oleh baginda Tunku Mahkota Johor adalah tidak lain merupakan kesinambungan daripada usaha-usaha Sultan Johor terdahulu meletakkan negeri Johor di persada antarabangsa. Dunia melihat pasukan Johor Darul Ta’zim sebagai sebuah jenama yang berprestij, secara tidak langsung ia membawa nama sebuah negeri kecil yang berjiwa besar.
Seperti yang pernah dilakukan oleh Sultan Sir Abu Bakar, baginda menjelajah ke seluruh pelusuk benua bagi memperkenalkan hubungan dua hala Johor dengan negara-negara luar. Jelas bahawa peranan seorang Raja dalam institusi Kesultanan Johor Moden tidak hanya sebagai simbolik pemerintahan negeri semata-mata. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR ALWAYS IN THE EYES OF THE WORLD - PART TEN
Johor has never stayed low as a pioneer and always made a name for itself not just at national level but also at the international level. As a trailblazer, it is not easy because it involves cooperation between the state ruler, government and rakyat. The consensus of all the entities has produced excellent results and become exemplary.
With a "Where The Asian Football Industry Meets" theme, HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, was among the key speakers at the World Football Summit. Also present were La Liga President Javier Tebas, FIFA Chief Digital Transformation & Innovation Officer Luis Vincente and many more representatives from major European clubs.
The prestigious international conference allowed influential figures in the world of football to meet, discuss and secure business opportunities. It was a platform to network with an elite and renowned group of people in the football industry.
What HRH Crown Prince of Johor has done is no different from what all Johor Sultans ever did to put Johor on the world map. The world sees Johor Darul Ta'zim as a prestigious brand, indirectly representing a small state with big dreams.
As done by Sultan Sir Abu Bakar, His Royal Highness has travelled around the world to form bilateral partnerships between Johor and other countries. Clearly the ruler's role in the Modern Johor Sultanate is not merely as a symbol of the state. Allah Peliharakan Sultan.
Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan