Fellaini (kanan) bersama kakitangan perubatan di hospital Jinan.
LONDON: Bekas pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini menjadi pemain terbaru yang disahkan dijangkiti wabak COVID-19.
Pemain berusia 32 tahun yang kini beraksi bersama kelab Liga Super China, Shandong Luneng disahkan positif COVID-19, Jumaat lalu.
Fellaini menjalani ujian saringan sejurus tiba di bandar Jinan selepas bercuti di Belgium, Maghiribi dan Maldives pada 20 Februari lalu. Sebelum itu, dia menjalani latihan di Dubai, bersama rakan sepasukan.
Dia sekarang menjalani pengasingan di hospital Jinan dengan dipantau pakar kesihatan.
Berdasarkan laman web Shandong Luneng, pemain kelahiran Belgium itu tidak menunjukkan simptom COVID-19, termasuk demam dan batuk.
'Kelab akan melakukan yang terbaik untuk memastikan setiap pemainyang dijangkiti mendapat rawatan terbaik. Kami berharap dia pulih segera. Fellaini juga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan rakan dan penyokong mengenai keadaan dirinya. Dia percaya akan pulih segera dan kembali kuat,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Shandong Luneng. - AGENSI
Ulasan
Catat Ulasan