Doa TMJ


KUALA LUMPUR: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendoakan negara ini kembali pulih daripada masalah penularan COVID-19.
"Ya ALLAH, pada hari Jumaat yang Mulia ini, ku mohon keampunan dari mu Ya ALLAH, sesungguhnya kau yang Maha Mengetahui, Maha Pencipta isi dilangit dan dibumi, kami bermohon kau Peliharalah, Jauhilah, dan Lindungilah kami daripada apa sahaja musibah dan penyakit-penyakit.
"Kami Mohon pertolongan Mu Ya ALLAH. Kau hapuskanlah Virus berjangkit ini dari bumi, kau berikanlah penawar untuk penyakit ini supaya mereka yang dijangkiti dapat disembuhkan.
"Kau hapuskanlah penyakit ini dari bumi ini Ya ALLAH. Hanya kepada Mu kami bermohon oleh kerana Kau Ya ALLAH Yang Maha Berkuasa. Amin," kata Tunku Ismail menerusi status di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, barisan pemain JDT dilaporkan bersetuju menyumbangkan sebahagian daripada gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor untuk meringankan beban pihak yang terjejas akibat COVID-19.

Ulasan