Pasukan berwajah baharu di saingan Liga Malaysia nyata sungguh berahsia dalam perancangan mereka pada musim ini. Terbaru, pasukan berstatus kelab itu menyambar bekas penyerang JDT dan PKNS FC, Gabriel Miguel Guerra.
Malah ketibaan Guerra sebenarnya bukan baharu. Kelibat pemain dari Argentina itu turut dilihat dalam perlawanan terakhir Liga Malaysia sebelum saingan berehat akibat penularan wabak coronavirus.
Dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur FA di Kuching pada 14 Mac lalu, nama Guerra adalah antara pemain yang berada di bangku pemain simpanan skuad E. Elavarasan.
Selain daripada Guerra, Sarawak United sebelum ini telah menghambat bekas penyerang prolifik Liga Super, Patrick Ronaldinho, pemain tengah, Milad Zanidpour Mansour, dan Demerson Bruno Costa yang kembali ke Bumi Kenyalang itu selepas beberapa musim beraksi di Indonesia.
Guerra cemerlang bersama PKNS pada musim 2016 dengan membantu kelab itu muncul naib juara Liga Perdana dan Piala FA.
Ulasan
Catat Ulasan