1 Mata FELDA United di Iskandar Puteri
Dua perlawanan sudah berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menang kedua-duanya – menang 1-0 ke atas Kedah dan 2-1 ke atas UiTM FC, pasukan pertama Liga Super yang berhasil membolosi gol tuan rumah.
FELDA United akhirnya menjadi pasukan pertama yang berjaya mencuri mata di sana selepas mengikat JDT dengan keputusan 1-1. Pengendali The Fighters, Nidzam Jamil jelas gembira dengan prestasi pemainnya dalam perlawanan tersebut.
Debut mantap Arif Aiman untuk JDT
Di saat pasukan memiliki barisan pemain yang hebat sehingga mampu membentuk dua skuad utama, secara tiba-tiba Benjamin Mora memperkenalkan pemain berusia 17 tahun, Arif Aiman untuk debutnya ketika terikat 1-1 menentang FELDA United.
Lima minit sahaja diperlukannya untuk terus memikat semua pemerhati bola sepak Malaysia dengan aksi bersahajanya mengucar-kacirkan benteng pelawat disamping membentuk kombinasi baik bersama Corbin Ong di bahagian sisi kiri JDT.
Shahrel Fikri on fire
Dua gol diledaknya untuk mengikat Sabah di Stadium Likas dan keseluruhan tiga gol telah direkodkannya dalam empat aksi, menjadikannya sebagai penyerang tempatan paling berbisa setakat ini. Aksinya di pra-musim juga amat memberangsangkan.
Sekiranya Mehmed Durakovic terus memberikan ruang buatnya dalam skuad utama, tidak mustahil Shahrel Fikri mampu menghasilkan lebih banyak gol. Musim lalu, Safawi Rasid menjadi peledak tempatan berbisa dengan lapan gol keseluruhan.
Stadium ‘senyap sunyi’
Rasanya, ini merupakan pertama kali dalam sejarah bola sepak Malaysia, semua stadium ‘kosong’. Ia adalah disebabkan penularan wabak Covid-19 yang sedang ‘sakan’ menyerang di seluruh pelusuk dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali.
Disebabkan terlewat, perlawanan minggu ke-4 tetap diteruskan tanpa kehadiran penyokong dan selepas ini, semua perlawanan akan ditunda sehingga ke satu tarikh yang belum dapat dipastikan lagi. Mungkin sebulan? Mungkin dua bulan? Atau …
KREDIT FEATURED IMAGE:
Ulasan
Catat Ulasan