Dalam perlawanan pusingan keempat Liga Super, JDT kekal pendahulu liga, Perak bangkit daripada ketinggalan dan Kedah meraih kemenangan pertama musim ini.

[VIDEO] Selepas empat perlawanan, JDT kekal pendahulu Liga Super


Perlawanan pusingan keempat Liga Super 2020 menyaksikan JDT kekal pendahulu liga meskipun gagal meraih tiga mata selepas terikat seri 1-1 menentang Felda United.
Ini merupakan satu-satunya perlawanan liga yang dijalankan tanpa penonton di stadium selepas penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Pusingan kali ini juga menjadi perlawanan terakhir selepas MFL dan FAM membuat keputusan untuk menangguhkan semua perlawanan sebagai salah satu usaha untuk mengekang wabak koronavirus.
Sabah lawan Perak
Sabah hampir mencipta kejutan apabila dua kali mendahului Perak di Kota Kinabalu.
Namun, Perak juga dua kali bangkit, dengan kedua-dua gol dijaringkan oleh Shahrel Fikri.

Perak kekal di tangga kedua liga dengan mengutip 8 mata, berkongsi mata dengan Sabah dan hanya perbezaan jaringan memisahkan kedua-dua pasukan.
Melaka lawan Pahang
Pahang meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Melaka United 1-0 di Stadium Hang Jebat.
Dickson Nwakaeme menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Pahang kini berada di tangga kelima setelah mengumpul enam mata, sama seperti Melaka.
JDT lawan Felda United
Walaupun kekal sebagai pendahulu liga, JDT dikejutkan dengan keputusan seri 1-1 menentang Felda United.
Syafiq Ahmad cemerlang menjaringkan gol pertamanya musim ini di sebalik ketiadaan Safawi Rasid.

Namun tuan rumah dikejutkan dengan bentuk serangan Felda sehingga berjaya menghasilkan gol penyamaan menerusi pemain import Frederic Bulot.
JDT mempunyai peluang cerah untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut namun Gonzalo Cabrera gagal menyudahkan sepakan penalti yang ditepis keluar oleh penjaga gol Felda, Muhaimin Mohamad.


Felda menjadi pasukan pertama yang berjaya menghalang JDT daripada meraih kemenangan di Stadium Sultan Ibrahim.
UiTM FC lawan PDRM FA
Walaupun ada dibarisi pemain bertaraf universiti, ia tidak menghalang mereka daripada meraih kemenangan ke atas PDRM 3-1.
Pemain import UiTM, Rabih Ataya memainkan peranan penting bagi membantu pasukannya meraih kemenangan pertama dalam Liga Super.

Ia juga tiga mata berharga untuk pasukan yang dijangka tersingkir pada musim ini.
Kedah lawan Selangor
Aidil Sharin menarik nafas lega apabila meraih kemenangan pertama selepas empat perlawanan apabila menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Darul Aman.
Kedah mengambil kesempatan di atas kelompongan di bahagian pertahanan Selangor apabila kedua-dua gol yang dijaringkan merupakan hasil kesilapan pasukan lawan.

Renan Alves mudah menanduk masuk gol pertama walaupun dikawal ketat oleh dua pemain pertahanan Selangor manakala Kpah Sherman mudah menjaringkan gol kedua tanpa kawalan oleh pemain pihak lawan.
Selangor kini berada tangga ke-7 dengan mengumpul 5 mata manakala Kedah berada di tangga ke-8 dengan 4 mata.

Ulasan