Bekas Pemain Import JDT, Aaron Niguez Sertai Malaga C.F

Bekas pemain import JDT, Aaron Niguez diumumkan sebagai pemain Malaga C.F dan akan beraksi bersama kelab divisyen kedua Sepanyol itu sehingga ke akhir musim ini.
Niguez yang merupakan saudara kandung kepada bintang Atletico Madrid, Saul Niguez merupakan seorang ejen bebas sejak meninggalkan JDT pada akhir musim 2019.
Pemain tengah berusia 30 tahun itu sebelum ini pernah tampil dengan beberapa pasukan di Sepanyol sebelum menyertai JDT pada 2019.
Namun Niguez hanya beraksi dalam tiga perlawanan untuk JDT sebelum beliau diganti oleh Leandro Velasquez.


MCFNews| 📣 ¡@aaronboria7 aportará su experiencia y polivalencia a nuestra plantilla! 🤩

➡️ http://bit.ly/32OG5tP 

¡¡Bienvenido a Málaga, jugón!!

View image on Twitter

268 people are talking about this


“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aaron Niguez kerana menjadi sebahagian daripada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berjaya menjulang Piala Sumbangsih 2019,” kata pengurus pasukan, Luciano Figueroa ketika mengumumkan Niguez bakal meninggalkan JDT pada awal musim 2019.
Dalam kenyataan yang sama, Figueroa turut mendedahkan isu perubahan taktikal telah menjadi sebab kenapa Aaron Niguez terpaksa dilepaskan. Ini demi untuk mengukuhkan lagi skuad JDT.
Beliau juga menyatakan keputusan itu diambil selepas pemerhatian ke atas Niguez ketika sesi latihan serta beberapa perlawanan kompetitif.


Aaron Niguez boleh dikatakan pemain yang sudah menambat hati ramai penyokong JDT dengan kualiti permainan yang beliau tunjukkan dalam aksi Piala Sumbangsih 2019.
Tindakan menggantikan Niguez menyebabkan ramai penyokong JDT terkejut pada ketika itu. Niguez kini dikhabarkan sudah menyertai pasukan barunya menjalani latihan.

Ulasan