"Apabila UiTM FC menjaringkan gol penyamaan, jelas pemain agak kecewa. Kami perlu pastikan perkara itu tidak berulang.”
Benjamin Mora: JDT tidak boleh terlalu selesa
Jurulatih JDT, Benjamin Mora menganggap pasukannya tidak boleh berasa terlalu selesa apabila sekadar menang tipis 2-1 ke atas UiTM FC di Stadium Sultan Ibrahim.
Katanya, JDT seolah-olah hilang tumpuan pada separuh masa pertama sehingga UiTM berjaya menyamakan kedudukan.
“UiTM FC mungkin tidak kisah jika mereka tewas tapi mereka beraksi dengan baik menggunakan corak bertahan dan menghalang gerakan berbahaya JDT ketika kami beraksi dengan baik pada 20 minit pertama,” katanya kepada BH Sukan.
“Namun selepas minit ke-20 hingga tamat separuh pertama, setiap hantaran bola yang dilakukan tidak tepat dan kerap hilang bola. Itu yang menyebabkan rentak permainan terjejas namun di separuh masa kedua bersambung, barulah kami kembali kuasai permainan.
“Itulah bola sepak. Kami tidak boleh selesa kerana akan sentiasa diberi tekanan oleh pasukan lawan yang mahukan kemenangan ke atas JDT.
“Sebab itu kami kena lakukan sesuatu bagi memastikan corak permainan yang lebih konsisten mampu dipamerkan.
Mora juga menegaskan beberapa isu perlu diperbaiki segera terutama corak permainan dan ketepatan hantaran bola, serta memahami pergerakan pihak lawan.
“Faktor kepenatan juga menjejaskan rentak permainan selepas mengharungi jadual perlawanan yang padat. Malah gerak susun permainan yang lebih berkesan akan diperkemaskan lagi.
“Mungkin aksi ketika menentang UiTM FC percubaan gerak susun yang dilakukan kurang berkesan apabila pasukan pihak lawan menjaringkan gol penyamaan dan jelas pemain agak kecewa. Kami akan pastikan perkara itu tidak berulang.”
Ulasan
Catat Ulasan