Aksi pemain tengah Nazmi Faiz Mansor nyata menarik perhatian ramai apabila terlibat dalam kedua-dua jaringan gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika menentang Suwon Samsung Bluewings dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020, semalam.
:
Gol pertama hasil daripada ‘killer pass’ Nazmi yang membelah benteng pertahanan Suwon Samsung Bluewings yang membolehkan Diogo Luis Santo melepasi perangkap ofsaid dan meluru ke arah kotak penalti lawan sebelum diterjah dalam kotak penalti.
:
Melihat insiden itu, pengadil dari Iran, Alireza Faghani pantas menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT dan ianya disudahkan dengan cemerlang oleh penyerang sayap, Gonzalo Cabrera untuk meletakkan Harimau Selatan mendahului 1-0.
:
Gol kedua yang merupakan gol kemenangan JDT turut berpunca daripada Nazmi yang melakukan ‘crossing’ tepat mencari kepala Mauricio daripada luar kotak penalti sebelum pertahanan Brazil itu menanduk bola masuk ke dalam gawang menewaskan penjaga gol lawan, No Dong-Geon.
:
Aksinya pada malam tadi mendapat pujian bukan sahaja dalam kalangan penyokong Harimau Selatan malah majoriti penyokong tempatan secara amnya. Ramai membincangkan tentang aksi pemain berusia 25 tahun ini di media sosial dan tidak kurang yang mahu melihat dia tampil konsisten pada musim ini dan kembali menyarung jersi kebangsaan, Harimau Malaya.

Ulasan
Catat Ulasan