- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Di atas kertas, Suwon Samsung Bluewings bukan lawan yang mudah. Pasukan dari Korea Selatan itu akan tiba ke Stadium Sultan Ibrahim selaku juara K-League sebanyak empat kali, dan merupakan juara Piala FA Korea Selatan pada musim lalu.
Namun perkiraan di atas kertas hanya akan terus kekal di atas kertas, tatkala cabaran di atas padang bakal menampilkan cabaran dengan perspektif berbeza.
Tampil pada musim kedua di pertandingan ini, Suwon Samsung Bluewings akan menjadi lawan pertama skuad kendalian Benjamin Mora di halaman sendiri dalam pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL 2020) pada musim ini.
Ini menjadikan perlawanan yang akan berlangsung pada malam ini bakal menjadi perlawanan kompetitif kedua yang akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim selepas perlawanan CIMB Piala Sumbangsih menentang Kedah yang berkesudahan dengan kemenangan 1-0 kepada pasukan dari selatan tanah air ini.
Sebagai kapten pasukan, Harris Harun sedar akan cabaran yang bakal dihadapi oleh beliau dan rakan sepasukannya bakal hadapi dari wakil Korea Selatan itu.
“Bagi kami ia adalah peluang terbaik dan cabaran yang hebat untuk bermain dalam Liga Juara-Juara AFC. Kami tidak lagi memikirkan tentang perlawanan terdahulu,” kata Harris seperti dipetik daripada media JOHOR Southern Tigers.
“Saya bukan mengatakan bahawa ini adalah perlawanan yang wajib menang tetapi kami sentiasa ingin memenangi semua perlawanan kami tanpa memikirkan siapa pihak lawan – sama ada mereka adalah lawan yang hebat atau kurang hebat.
“Ia bukan hanya tentang bersedia secara fizikal tetapi seara mentalnya kami menjangkakan setiap cabaran, larian dan melindungi satu sama lain.
“Ianya adalah kerja keras tetapi jika kami mahu mencapai keputusan yang baik, kami perlu bekerja keras.”
Kempen Kumpulan G JDT di ACL 2020 bermula dengan kekalahan 5-1 kepada Vissel Kobe. Tetapi itu tidak bermakna skuad Harimau Selatan membenarakan diri mereka dijinakkan dengan mudah dalam perlawanan seterusnya.
Pada kempen musim lalu, JDT berjaya meraih empat mata dalam aksi di halaman sendiri selepas mengikat sebuah lagi wakil Korea Selatan, Gyeongnam FC, dan mengejutkan juara bertahan Kashima Antlers 1-0.
Perlawanan pertandingan Asia pertama di Stadium Sultan Ibrahim, ia pasti bermakna sekiranya JDT berjaya meraih sesuatu dari perlawanan ini.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan