- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Pemain penyerang sayap pasukan Pahang, Mohamadou Sumareh masih berteka teki tentang masa depannya.
Beliau menyatakan, buat masa ini, beliau mahu berahsia dahulu tentang perkara itu.
Spekulasi bertiup kencang mengaitkan penyerang Harimau Malaya itu dengan penghijrahan ke pasukan lain untuk musim Liga Super 2020. Sedangkan Liga bakal bermula pada minggu hadapan.
Sumareh tidak mengiya dan tidak menafikan apabila ditanya sama ada beliau akan pergi meninggalkan pasukan Pahang.
Pemain kelahiran Gambia itu menegaskan fokus utama beliau sekarang adalah mempersiapkan diri untuk menghadapi musim baru.
Bercakap kepada Stadium Astro, Sumareh berkata: “Maaf, saya tidak boleh bercakap mengenainya sekarang. Ia perkara peribadi. Apabila sudah tiba masanya, lihat nanti. Saya meminta maaf,” katanya.
Sumareh kemudian menyatakan kem pasukan Pahang ketika ini masih bersedih dengan pemergian kapten mereka Matthew Davies yang menyertai juara bertahan Johor Darul Ta’zim.
Beliau berkata: “Jelas sekali, kehilangan kapten dan rakan baik, ia menyentuh emosi tetapi kami harus teruskan perjuangan. Kini, kami perlu fikirkan saingan liga, itu lebih penting.”
Sumareh menjadi rebutan banyak pasukan di Malaysia. Beliau merupakan pemain naturalisasi pertama untuk kem Harimau Malaya.
Ulasan
Catat Ulasan