Perlawanan antara JDT dan Guangzhou Evergrande yang sepatutnya diadakan pada 19 Februari, kini ditukarkan ke 20 Mei.
ACL2020: Aksi JDT-Guangzhou Evergrande ditangguhkan ke Mei akibat koronavirus
Penularan wabak koronavirus di China memaksa AFC untuk menangguhkan beberapa perlawanan AFC Champions League, termasuk aksi antara JDT menentang Guangzhou Evergrande.
Perlawanan tersebut sepatutnya diadakan pada 19 Februari tetapi kini ditukarkan ke 20 Mei.
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat tergempar diadakan sebagai tindak balas terhadap kesan wabak koronavirus kepada ACL, yang kini telah diisytiharkan sebagai darurat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Malah, jadual perlawanan yang diubah oleh AFC supaya kelab-kelab China dapat bermain dalam tiga perlawanan terakhir tidak dapat diadakan selepas beberapa negara mengenakan sekatan terhadap negara China.
Walau bagaimanapun, wakil-wakil ACL bersetuju bahawa tarikh akhir untuk menilai situasi terkini akan ditetapkan 21 hari sebelum setiap perlawanan dan jika perlawanan tidak dapat diteruskan, kelab tuan rumah harus melantik sebuah gelanggang neutral sekurang-kurangnya 14 hari sebelum hari perlawanan.
Setiausaha Agung AFC, Dato ‘Windsor John dalam satu kenyataan mengambil serius isu wabak koronavirus dan pihaknya perlu membuat keputusan yang sewajarnya bagi melindungi warga bola sepak di Asia.
“Kami bersama-sama dalam keadaan sukar untuk mencari penyelesaian untuk membolehkan pasukan bermain bola sepak dengan memastikan kami dapat melindungi keselamatan semua pemain, pegawai, pemegang saham dan peminat.
“Kami juga menerima hakikat bahawa koronavirus ini adalah masalah yang jauh lebih besar daripada bola sepak dan kami berharap semua orang yang telah terjejas dengan wabak tersebut dapat kembali sembuh dengan cepat.”
Ulasan
Catat Ulasan