Penjaring gol kemenangan @OfficialJohor , Mauricio, tidak mahu dirinya dijulang sebagai wira kerana apa yang menjadi keutamaan adalah kejayaan buat pasukannya meraih gelaran hatrik Piala Sumbangsih...#ForwardFootball #CIMBPialaSumbangsih2020
CIMB PIALA SUMBANGSIH 2020: SAYA BUKAN WIRA - MAURICIO
Penjaring gol kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mauricio, tidak mahu dirinya dijulang sebagai wira kerana apa yang menjadi keutamaan adalah kejayaan buat pasukannya meraih gelaran hatrik Piala Sumbangsih dengan keputusan 1-0 mengatasi Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Walaupun mengakui detik itu kekal menjadi sesuatu yang istimewa buat bekas pertahanan dari Lazio dan Sporting Lisbon ini kerana turut menjadi penjaring gol sulung di gelanggang baharu JDT, Mauricio berasakan semua rakan telah berikan yang terbaik bagi memastikan kemenangan pasukan sekali gus menjamin tiga mata bagi aksi pertama CIMB Liga Super itu.
Malah dia sendiri turut bertindak cemerlang di barisan pertahanan menangkis serangan Kedah yang dikepalai Kpah Sherman dan Tchetche Kipre bagi memastikan kubu JDT kekal kebal sepanjang 90 minit pada aksi sulung skuad Harimau Selatan musim ini sekali gus diumumkan Pemain Terbaik Perlawanan CIMB Piala Sumbangsih.
“Sememangnya saya gembira dengan gol itu kerana hadir tepat pada waktunya di penghujung babak pertama malah kami dalam situasi getir kerana lawan berikan tentangan hebat sebelum jaringan tersebut mampu dihasilkan.
“Bagaimanapun saya rasa lebih teruja melihat gol itu membawa kemenangan kepada JDT serta semua pihak yang sentiasa di belakang pasukan malah saya cukup gembira melihat semangat sepasukan yang begitu baik dalam kalangan kami,” katanya yang ditemui selepas perlawanan.
Ketika rakan sepasukan di bahagian serangan buntu mencari ruang mendapatkan gol, Mauricio yang merupakan pertahanan tengah JDT bertindak cemerlang menanduk gol hantaran Gonzalo Cabrera pada minit-45 yang bermula daripada situasi sepakan sudut.
Berusia 32 tahun, ini merupakan musim kedua Mauricio bersama JDT yang mempunyai pengalaman luas beraksi dengan kelab-kelab terkemuka di sekitar Eropah dan Amerika Selatan.
Mengenai aksi Kedah, dia mengakui lawan tampil lebih bertenaga berbanding kali terakhir mereka di final Piala Malaysia tahun lalu yang menyaksikan JDT menang mudah 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Perlawanan ini sebenarnya sangat sukar buat kami dan Kedah berikan tentangan sengit sepanjang perlawanan, jelas mereka sebuah pasukan berbeza pada musim ini.
“Saya harus ucapkan tanhiah kepada pasukan Kedah dan kehadiran beberapa pemain baharu terutama di bahagian serangan nyata meletakkan mereka semakin baik.
“Namun, persiapan intensif pasukan sejak beberapa minggu lalu nyata membuatkan kami benar-benar bersedia untuk hadapi aksi pada malam ini, ” katanya.
Sebagai rekod, JDT juga muncul pasukan pertama dalam sejarah meraih kejuaraan hatrik Piala Sumbangsih sejak trofi ini diperkenalkan bermula tahun 1985.

Ulasan
Catat Ulasan