Matthew Davies Yakin Kualiti Pemain Baharu Pahang

Matthew Davies

Ketua pasukan Pahang, Matthew Davies mengakui terdapat kualiti yang dimiliki barisan pemain yang baharu dibawa masuk ke dalam pasukan tersebut bagi memberikan sumbangan berkesan dalam kempen Liga Malaysia 2020 nanti.
Pahang baharu sahaja mendapat khidmat dua pemain import baharu iaitu Ivan Carlos dari Brazil dan juga pemain Filipina, Adam Reed, di samping mengekalkan pertahanan kental, Herald Goulon.
Dalam perkembangan yang sama, naib juara Liga Super 2019 itu juga bakal diperkuatkan dengan dua pemain yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Fazly Mazlan dan S. Kumaahran manakala Sharbinee Allawee dan Muhammad Gopi Rizqi lebih awal menyertai pasukan.
”Para peminat menjangkakan sesuatu yang tinggi daripada pasukan besar seperti Pahang dan ia merupakan perkara normal tetapi saya mengharapkan agar mereka bersabar.”
”Adalah lebih baik untuk berhati-hati dalam mendapatkan pemain baharu,” ujar Davies kepada wakil The Star Online.

Ulasan