KALAU BOLEH KITA MAHU ELAK BERTEMU JDT SEBAB TAHU KEKUATAN MEREKA, TETAPI KITA KENA HADAPI PERLAWANAN ITU JUGA DENGAN LEBIH TENANG - HAFIZ KAMAL, PEMAIN KL ROVERS.

:
Pemain tengah Kuala Lumpur Rovers, Hafiz Kamal membayangkan gandingan dua penyerang import Davy Claude Angan dan Sergio Fabian Ezequiel Aguero mampu membantu pasukan untuk memberi saingan sengit kepada lawan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi pusingan kedua Shopee Piala FA 2020.
:
Hafiz yang juga ketua pasukan KL Rovers pada mulanya agak terkejut apabila pasukannya diundi bertemu juara enam kali Liga Super itu yang pastinya dilihat cukup sukar untuk diatasi pada aksi pusingan kedua ini.
:
Namun, bekas pemain Pahang ini yang pernah menjulang trofi Shopee Piala FA pada 2014 enggan mengalah terlalu awal sebaliknya positif dengan percaturan jurulatihnya, Nazrul Erwan Makmur dengan skuad yang dibentuk kali ini termasuklah kehadiran dua bekas penyerang import Melaka itu.
:
Hafiz percaya Angan dan Aguero mampu memperkuatkan barisan serangan KL Rovers untuk mencari jalan menembusi gawang JDT meskipun sedar juara Piala FA 2016 itu dilabel pasukan pilihan dalam perlawanan itu nanti.
:
Angan yang sebelum ini pernah beraksi di bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer di Molde dibelenggu kecederaan pada musim lalu dan kini kembali untuk membuktikan semula kemampuannya manakala Aguero sudah tidak asing dalam saingan Liga M3 bersama Selangor United tahun lepas sebelum ke Pulau Pinang pada pertengahan musim. .
:
“ Mereka berdua pun sama seperti saya, baru beraksi untuk pasukan KL Rovers dan sudah pasti semua berharap agar mereka dapat membentuk gandingan mantap untuk bertemu JDT. Undian kali ini saya boleh katakan agak sukar kerana KL Rovers baru sahaja ditubuhkan dan saya percaya rakan sepasukan akan tetap mempamerkan aksi terbaik.
:
“ Kalau boleh, memang la kita nak elak daripada berdepan JDT sebab kita tahu kekuatan mereka macam mana, tetapi kita kena hadapi perlawanan itu juga dengan lebih tenang,” jelasnya.

Ulasan
Catat Ulasan