JDT sudah memantau perkembangan Matthew Davies selama tiga tahun, sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan khidmatnya pada musim ini.

TMJ jawab mengapa JDT bawa masuk Matthew Davies



Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan Johor Darul Ta’zim FC membawa masuk Matthew Davies adalah bagi menguatkan posisi pertahanan kanan bagi menghadapi saingan musim ini.
Katanya, kehadiran Matthew tidak akan memberi kesan negatif kepada pemain lain memandangkan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham sedang mengalami kecederaan jangka panjang.
Jelasnya, walaupun Matthew dibawa masuk, S Kunanlan akan kekal di JDT selepas memberikan sumbangan yang baik sepanjang kariernya di Johor.

TMJ turut mendedahkan bagaimana JDT sudah memantau perkembangan Matthew Davies selama tiga tahun, sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan khidmatnya pada musim ini.
Katanya, Matthew sudah banyak menimba pengalaman ketika bersama Pahang dibawah kendalian Dollah Salleh.
Malah, Matthew juga telah menunjukkan kematangannya ketika beraksi dengan skuad kebangsaan.
“Kami berbesar hati apabila mendapat Matt Davies yang memiliki sikap profesional dan tahu apa yang diinginkan kelab ini. Pastinya kehadirannya akan memantapkan lagi pasukan terutama di benteng,” katanya kepada Arena Metro.

Ulasan