JDT mendapat undian sebanyak 80 peratus untuk dinobatkan sebagai kelab terbaik dalam saingan Piala AFC.

JDT dipilih sebagai Kelab Piala AFC Sepanjang Dekad



Selepas seminggu diberi masa untuk mengundi, peminat akhirnya membuat keputusan untuk memilih JDT sebagai Kelab Piala AFC Sepanjang Dekad.


CONGRATULATIONS JDT — AFC CUP CLUB OF THE DECADE

Johor Darul Ta'zim FC (JDT) have been voted as the AFC Cup Club of the Decade through an online poll by the Asian Football Confederation (AFC).

[1/2]

View image on Twitter


Kelab dari Selatan Malaysia itu mendapat undian sebanyak 80 peratus, jauh lebih banyak daripada mana-mana pasukan lain.
JDT tersenarai selepas menjuarai Piala AFC 2015, menjadi kelab pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara yang memenangi salah satu piala berprestij peringkat Asia.
Pengiktirafan tersebut menaikkan lagi reputasi JDT yang kini bersaing di AFC Champions League.

Ulasan