Dengan pasukan JDT yang semakin lama usia pemainnya semakin meningkat, tahun depan dilihat sebagai waktu yang sesuai untuk membawa masuk pemain yang lebih muda dan bertenaga.
TMJ dedah berapa ramai pemain akan sertai JDT musim depan
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa Johor Darul Ta’zim FC bakal membawa masuk dua atau tiga pemain tempatan dan seorang pemain import bagi saingan musim 2021.
Walaupun masih terlalu awal untuk didedahkan, JDT nampaknya sudah membuat perancangan yang agak terperinci musim depan.
“Itu perancangan kami musim depan dan kebanyakannya pemain tempatan dan mungkin seorang pemain import dan nanti kita akan umumkan jika segala urusan dinoktahkan,” katanya kepada Arena Metro.
Dengan pasukan JDT yang semakin lama usia pemainnya semakin meningkat, tahun depan dilihat sebagai waktu yang sesuai untuk membawa masuk pemain yang lebih muda dan bertenaga.
Setakat ini, semua pemain import JDT sudah melepasi usia 30 tahun.
Manakala, Aidil Zafuan Abd Razak akan memasuki 34 tahun pada musim hadapan.
Jangkaannya, JDT mungkin akan membawa masuk pemain di bahagian pertahanan dan serangan.
Ulasan
Catat Ulasan