Secara keseluruhannya, JDT berjaya mencatatkan tiga kemenangan dan dua kekalahan dalam sesi pra-musim di Dubai.
JDT akhiri pra-musim di Dubai dengan kekalahan
JDT gagal menamatkan sesi pra-musim di Dubai dengan kemenangan apabila tewas 3-2 kepada kelab UAE, Emirates FC.
Emirates mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan sendiri Syazwan Andik pada minit ke-39 dan gol kedua pada minit ke-44 hasil jaringan Saeed Salem.
Kelab UAE itu melebarkan jurang dengan gol ketiga menerusi Tommy Tobar pada minit ke-58.
Bagaimanapun JDT berjaya mengurangkan jurang apabila Syafiq Ahmad menjaringkan gol pada minit 66.
60 people are talking about this
Bekas pemain JDTII, Amirul Husaini menambah gol kedua pada minit 76, sekaligus menjadikan kedudukan 3-2.
Namun hasrat untuk menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat.
Secara keseluruhannya, JDT mencatatkan tiga kemenangan dan dua kekalahan di Dubai.
Skuad Harimau Selatan akan kembali ke tanah air sebelum berlepas ke Jepun bagi memulakan kempen AFC Champions League 2020 menentang Vissel Kobe pada 12 Feb ini.
Ulasan
Catat Ulasan