FAM: Kes Akhyar Rashid tidak akan berlaku lagi
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memberi jaminan bahawa kes perpindahan secara kontroversi seperti Akhyar Rashid tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.
Katanya, FAM telah FAM mengenal pasti kelemahan pada Artikel 15.A, Peraturan Status dan Perpindahan Pemain FAM.
“Kita nampak kelemahan dalam Artikel 15.A yang telah digunakan beberapa kali sebelum ini,” katanya kepada Bernama.
“Jadi dalam garis panduan RSTP (Peraturan Status dan Perpindahan Pemain) untuk musim 2020, klausa yang kontroversi telah dikeluarkan sekali gus selaras dengan garis panduan FIFA dan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia).
“Ia untuk pastikan tiadanya kekeliruan dalam kes ini yang akan berlaku lagi. Perkara ini telah dimaklumkan kepada semua pasukan dan berkuat kuasa awal tahun ini.”
Akhyar berpindah ke JDT musim lepas dengan menebus kontraknya dan didakwa berbincang dengan pasukan tersebut tanpa pengetahuan pasukan asalnya, Kedah.
Kedah kemudiannya merujuk kes tersebut ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) yang berpusat di Kuala Lumpur bagi menuntut pampasan yang
Namun, seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh JDT semalam, FAM menjelaskan kes tersebut hanya melibatkan antara Akhyar dan Kedah.
“Supaya semua lebih memahami, kes ini adalah mengenai Akhyar dan Kedah berhubung kontrak bersama bekas majikannya sebelum ini. Mudah sahaja. Ia tidak melibatkan JDT atau mana-mana pihak.
“Apabila kes ini dibawa ke timbang tara, ia antara peguam kedua-dua pihak. Malah FAM tidak menerima sebarang maklum balas atau diundang untuk ke sana (AIAC) sebagai saksi sehingga lah keputusan keluar seperti yang kita tahu mengenai kes ini.”
Ulasan
Catat Ulasan