JDT Tak Terlibat Isu Akhyar Rashid


Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak terlibat dalam kes antara Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan Akhyar Rashid.
Menurut laporan Sinar Harian, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam mengatakan pasukan tersebut tidak terlibat dalam pertikaian antara KFA dan pemain tersebut.
Pertikaian itu telah dibawa ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) untuk diselesaikan dengan KFA telah ‘memenangi’ kes tersebut.
“Untuk bagi semua faham, ianya hanyalah melibatkan Kedah dan juga Akhyar Rashid mengenai kontrak pemain tersebut bersama bekas pasukannya.”
“Ianya tidak melibatkan JDT atau mana-mana pihak lain.”

FOTO: Astro Arena
Tambah Stuart lagi, FAM akan melihat semula Artikel 15.A, Peraturan Status dan Perpindahan Pemain FAM yang menjadi punca kepada isu Akhyar ini.
“Kita nampak ada kelemahan kepada Artikel 15.A yang telah dipakai beberapa kali sebelum ini. Oleh itu, untuk musim 2020 kita akan gunakan garis panduan RSTP (Peraturan Status & Perpindahan Pemain).”

Menurut Stuart, garis panduan RSTP itu selari dengan apa yang terpakai di peringkat Asia dan juga dunia.
Artikel 15.A itu telah menjadi titik tolak kepada kes Akhyar dibawa ke AIAC selepas FAM menetapkan KFA hanya akan memperoleh RM 75 ribu sahaja jika ada mana-mana pasukan mahukan khidmat pemain tersebut.

Ulasan