JDT bukan sekadar mahu menunjukkan supercar sahaja sebaliknya, sesi pra-musim di Dubai adalah sangat berharga.
Apa yang dilakukan JDT sebenarnya ketika di Dubai?
Tahun ini merupakan kali pertama JDT mengadakan sesi pra-musim di Dubai, UAE selepas dua tahun berturut-turut diadakan di Thailand.
Namun, para pemain termasuk TMJ dilihat menggunakan sports car ketika berada di sana.
Jadi apakah yang dilakukan oleh JDT sebenarnya sepanjang berada di negara Arab tersebut?
Ikuti laporan penuh Football Tribe mengenai sesi pra-musim JDT secara menyeluruh.
TMJ berkata, Dubai menjadi destinasi pilihan supaya JDT dapat mengenal pasti kelemahan ketika bertemu dengan pasukan yang mempunyai tahap kualiti yang tinggi.
Justeru, JDT dijadual bertemu juara Liga Latvia, Riga FC, skuad kebangsaan Turkmenistan serta dua kelab UAE iaitu Dibba Al-Fujairah dan Emirates FC.
Mereka tiba pada 18 Januari dan memulakan sesi latihan sehari kemudian.
Selain daripada sesi latihan pada waktu siang, barisan penjaga gol turut gigih melakukan sesi latihan pada waktu malam.
TMJ juga tidak ketinggalan untuk menghadiri sesi latihan JDT dan turut berlatih bersama mereka.
Selain daripada sesi latihan, TMJ turut mengadakan pertemuan dengan wakil Borussia Dortmund.
Sememangnya pemain sentiasa berada dalam keadaan fokus apabila di atas padang, tetapi mereka tetap diberikan peluang menikmati makan malam yang hebat apabila berkunjung ke di Nusr-Et, sebuah restoran mewah milik tukang masak terkenal Salt Bae.
Kemudian, tiba hari perlawanan pertama, namun JDT dikejutkan dengan kekalahan 2-0 kepada juara Liga Latvia, Riga FC.
Namun TMJ tidak terlalu bimbang, sebaliknya memuji para pemain dan menganggap perlawanan itu sebagai pengalaman berharga buat JDT.
Namun sehari selepas itu, JDT mencipta kejutan apabila barisan pemain dilihat memandu supercar untuk ke sesi latihan.
TMJ dan barisan kejurulatihan turut tidak ketinggalan menaiki beberapa kereta ternama seperti Ferrari, Lamborghini dan Bentley.
Ia seolah-olah memberikan satu mesej bahawa JDT tidak kisah dengan pandangan mana-mana pihak jika mereka menaiki supercar untuk mengadakan latihan sekalipun, malah menunjukkan juara bertahan Liga Super itu sudahpun berada pada taraf antarabangsa.
Di samping itu, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan para pemain yang sedang berusaha untuk berada pada tahap prestasi tertinggi sebelum berdepan dengan saingan AFC Champions League dan Liga Super tidak lama lagi.
Ataupun, adakah ia merupakan sebahagian daripada rancangan untuk memperkenalkan jersi terbaru JDT musim 2020? Sama-sama kita nantikan.
Ulasan
Catat Ulasan