Guilherme de Paula merupakan pemain tetap Perak, bukannya pinjaman JDT.

Guilherme de Paula bukannya pemain pinjaman JDT


Perak menafikan khabar angin yang mengatakan Guilherme de Paula merupakan pemain pinjaman JDT kerana pemain Brazil itu sudah pun mengikat kontrak setahun dengan pasukan dari Pantai Barat itu.
Malah, pengurus skuad Liga Super Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah berkata De Paula sedang dalam proses untuk menjadi pemain naturalisasi Malaysia.
“Segala perkara berkaitan sedang diuruskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Apabila De Paula sudah mendapat pasport dan menjadi pemain tempatan, PAFA (Persatuan Bola Sepak Perak) merancang menambah kuota pemain import,” katanya kepada Arena Metro.
De Paula dikatakan hanya berstatus pinjaman dan akan kembali ke JDT sebagai pemain tempatan seperti mana Liridon Krasniqi yang beraksi bersama Melaka United secara pinjaman.

Ulasan