DUA PULUH DUA PULUH, KONSTRUKTIF ASPIRASI EMPAYAR HARIMAU SELATAN

DUA PULUH DUA PULUH,
KONSTRUKTIF ASPIRASI EMPAYAR HARIMAU SELATAN
Merenung dari jendela kota kembar empayar Khilafah Uthmaniyyah. Ketika tahun dua puluh dua puluh mula membuka helaian muka surat pertama. Tiba-tiba bedilan Dardanella mengejutkan Harimau Selatan bangkit dari dengkur. Panji dikibarkan, maka perjalanan baharu mula menyusur.
Banyak cerita yang terlihat di awal usia dua puluh dua puluh. Beraneka warna, lalu mewarnai hari-hari baru yang telah ditempuh. Bagai cantiknya tulisan kursif, tertulis kisah kandis yang terkumulatif. Ada yang memperlihatkan kesan ekspresif, dan ada juga yang memberi kesedaran yang begitu impresif.
“Semangat baharu”
Kemunculan semula Harimau Selatan pastinya menjadi naratif imej tumpu. Antigen pengubat rindu penyokong setia yang semakin tepu. Tidak kurang juga banyak mata liar yang tidak letih menunggu. Mencari hasutan sensasi terbaharu menjadi modal datang mengganggu.
DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja telah mempersiapkan Harimau Selatan supaya lebih mantap pada musim baharu yang bakal menjelang. Ini petunjuk bahawa Tunku serius untuk menghadapi musim panjang dengan langkah cemerlang. Superstruktur dibina, sebagai transisi menambah kesempurnaan ekspektasi. Misi dan hala tuju jadi kombinasi, tiada skeptis untuk mengekalkan konsistensi dalam aksi.
Tidak boleh disangkal. Musim dua puluh dua puluh cabaran kita lebih kritikal. Setiap pasukan di Malaya kebanyakan sudah berubah secara radikal. Kerana mula sedar maka lompat keluar dari sempit kubikel. Setelah sekian lama krusial, bergelumang dengan cara konvensional.
Namun itu sebenarnya perkembangan positif. Setiap cabaran pasti membuatkan kita semakin proaktif. Jangan gentar selagi kita berintegrasi dan kolateral. Setiap pertaruhan kejuaraan tetaplah yakin akan dikaut secara pukal.
“Impian masa hadapan sudah tiba”
Bukan seperti mitos mobiliti udara yang dicanang-canang. Sepantas hipersonik, JDT terbang menuju bintang-bintang. Stadium Sultan Ibrahim yang siap dibina umpama pusat teleportasi ke masa hadapan. Sempurna perancangan. Impian mustahil berjaya Tunku realisasikan.
Kuching FA mendapat tuah dan rezeki berganda. Setelah diberi penghormatan yang tertinggi oleh baginda. Bagai ganjaran dan tanda mata selepas berjaya layak ke persaingan Liga Perdana Malaysia. Apabila diberi pengiktirafan menjadi pasukan pertama beraksi di lapangan spektakular zeon zoysia.
“Aspirasi agung Harimau Kudung”
Paling terkesan dan begitu menarik perhatian pada tahun baharu yang berkunjung adalah berita tentang kewujudan Harimau Kudung yang selama ini terselindung. Hasil seribu daya pasukan ini berjaya dibentuk dengan akurasi. Berkunjung ke tanah Jauhar, lalu terhasil memorabillia yang memberi satu inspirasi.
Beberapa potret menterjemahkan bagaimana Tunku tunduk kebumi mengetepikan ketinggian hierarki pangkat. Sanggup bersama-sama beraksi dipadang walaupun syarat utama perlu bertongkat. Sesungguhnya baginda berjaya menghadiahkan segunung harapan kepada pasukan istimewa itu. Untuk terus mengangkat kepala lantas bangun dengan semangat yang lebih jitu.
Akhir kalam, satu dan dua Februari akan datang adalah detik yang paling ditunggu oleh penyokong merah biru. Bilamana tarikh itu diumumkan sebagai hari pelancaran jersi JDT yang terbaharu. Pastinya hari tersebut akan ada kontingensi yang telah dirangka penuh prestij dan luar biasa. Maka bersama kita memanifestasikan sebagai tanda reunifikasi keluarga penakluk termasyhur bola sepak Malaysia.
Ayuh! Kita raikan pertemuan semula!
“Selamat menikmati hari yang indah buat anda semua”-DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST

Imej

Ulasan