Pemain muda berbakat Felda United iaitu, Danial Amier Norhisham tidak menyembunyikan keinginannya untuk menyertai Johor Darul Ta’zim ataupun JDT.
Namun dalam pada masa yang sama, beliau menghormati kontrak yang ada dengan The Fighters.
Pemain tengah Felda United itu menjadi buruan JDT. Hal itu disahkan sendiri oleh Pengurusan Felda United sebelum ini.
Walaubagaimanapun perbincangan itu tidak menemui kesepakatan selepas Felda United meminta RM1 juta, tanda harga untuk pemain tersebut.
Danial berkata kepada Stadium Astro: “Bagi saya, jika ada rezeki, tidak ke mana.”
“Sekarang saya bersama Felda, jadi perlu fokus di sini. Kami akan beri yang terbaik dalam baki semusim bersama Felda. Jika ada rezeki di Johor, ia takkan ke mana,” katanya lagi.
Beliau juga berpendapat memang ada ralat di dalam proses perbincangan tersebut yang membuatkan perpindahan itu tidak menjadi kenyataan.
Daniel menganggap sudah tertulis rezeki beliau bersama dengan Felda United pada musim ini.
“Terasa ralat memang ada. Semua pemain di Malaysia mahu beraksi bersama JDT tetapi rezeki ada di mana-mana. Mungkin Allah sudah tulis rezeki saya bersama Felda musim ini.”
Danial Amier adalah pemain yang bermain di posisi tengah, sama ada peranan bertahan ataupun menyerang.
Beliau menjadi pemain muda penting dalam skuad B-23 kebangsaan.
Felda United kini dalam persiapan rapi untuk menghadapi musim baharu. Begitu juga JDT yang dalam persediaan untuk menghadapi beberapa perlawanan pemanas badan sebelum musim bermula.
Ulasan
Catat Ulasan