Kejayaan Vissel Kobe yang baharu sahaja dinobatkan selaku juara Piala Emperor Jepun sebentar tadi menyaksikan kelab bimbingan Thorsten Fink itu akan berada satu kumpulan dengan Johor Darul Ta’zim bagi saingan Liga Juara-Juara Asia 2020 (ACL 2020).
Perkembangan terkini itu juga sekaligus melengkapkan senarai pasukan dalam kumpulan G yang turut terdiri daripada Guangzhou Evergrande FC [juara Liga Super China] serta wakil Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings.
Suwon Bluewings pula melayakkan diri ke ACL 2020 secara automatik selepas muncul juara Piala FA Korea 2019.
Kemaraan Vissel Kobe itu pastinya menarik untuk diperkatakan kerana skuad tersebut ditunjangi pemain tengah ternama dunia iaitu Andres Iniesta.
Pemain berusia 35 tahun itu dikatakan telah menolak tiga tawaran untuk terus kekal beraksi di Jepun, salah satunya tawaran daripada Inter Miami yang dimiliki oleh David Beckham.
Keadaan tersebut menyaksikan kita berkemungkinan besar berpeluang untuk melihat kelibat para pemain JDT bersaing dengan Iniesta di Stadium Sultan Ibrahim, Larkin.
Selain Iniesta, tiga lagi nama besar yang memperkuatkan Vissel Kobe adalah Thomas Vermaelen, Lukas Podolski dan Sergi Samper.
Nampaknya JDT perlu berdepan dua pasukan yang dibarisi bekas pemain Barcelona kerana Paulinho juga kini bersama Guangzhou Evergrande FC di China.
Kredit foto: Vissel Kobe
Ulasan
Catat Ulasan