VoetbalBelgie Dedahkan Dion Cools Akan Berpindah Keluar Dari Club Brugge Menyertai Johor Darul Ta’zim?
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
VoetbalBelgie Dedahkan Dion Cools Akan Berpindah Keluar Dari Club Brugge Menyertai Johor Darul Ta’zim?
Sebuah portal bola sepak Beligum, Voetbal Belgie dalam kemaskini terbaru bertarikh 17 Disember 2019, mendedahkan bahawa pemain bek kanan pasukan Club Brugge iaitu Dion Johan Cools akan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT)
Perkara ini dikemaskini dalam ruangan rumours perpindahan pemain dalam masuk dan keluar Jupiler League PRO untuk jendela perpindahan musim sejuk bulan Januari 2020 nanti.
Pemain kacukan Belgium-Malaysia kelahiran Kuching berusia 23 tahun itu pernah memuat naik satu Instastory yang membuatkan peminat bola sepak Malaysia ‘huru-hara’ dimana seolah-olah membayangkan beliau sudah bersedia untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia.
Namun, tidak dapat dipastikan dengan jelas bila perkara itu akan berlaku dan kemunculan rumours terbaru ini dilihat menguatkan lagi desas-desus beliau akan mewakili Malaysia nanti.
Dion Cools adalah pemain yang beraksi di posisi bek kanan, dan kini beraksi bersama Club Brugge KV di Liga Belgium, pernah mewakili skuad kebangsaan bawah umur Belgium namun belum menerima sebarang panggilan dari kem skuad kebangsaan bimbingan Roberto Martinez.
Jika menjadi kenyataan, Dion Cools berkemungkinan akan didaftarkan sebagai pemain tempatan dan akan turut membantu skuad kebangsaan Malaysia jika dipanggil untuk membawa Malaysia sekurang-kurang ke ke saingan Piala Asia 2023.
Turut diperkatakan juga, pemain-pemain kacukan serta naturalisasi yang baru (jika ada), hanya dapat didaftarkan selepas tamat pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 nanti.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan