TMJ Tentang Liridon Ke JDT: “Tunggu Pengumuman Rasmi”


TMJ menjelaskan situasi sebenar di sebalik spekulasi Liridon Krasniqi bakal menyertai JDT. Ini gara-gara video pemain tersebut berlatih dengan JDT telah menjadi perhatian ramai pihak.
TMJ menegaskan bahawa, Liridon menyertai latihan JDT baru-baru ini, sebenarnya hanyalah kerana pemain itu mahu mendapatkan semula kecergasan beliau.
Ianya juga penting jika pemain itu diserap masuk ke dalam pasukan Harimau Malaya.
Namun baginda tidak menolak kemungkinan akan mendapatkan khidmat Liridon Krasniqi. Namun ianya akan dilakukan berlandaskan prosedur yang betul.
Dan selagi-lagi tiada pengumuman rasmi, maka JDT dan Liridon masih belum ada mengikat apa-apa perjanjian.
TMJ berkata: “Liridon datang ke JDT untuk kita bantu dia memulihkan kecergasan dan kita hanya akan membuat pengumuman jika menandatangani pemain yang memiliki nama besar.”
FOTO: JST
Jika JDT berhasrat mendapatkan Liridon, para pegawai JDT mahu memastikan pemain itu benar-benar menepati kriteria dan cukup cergas.

“Kita mahu melihat Liridon cergas apabila menyarung jersi Harimau Malaya.”
“Dan mungkin juga beliau akan sertai JDT namun jika semua prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan maka kita akan umum secara rasmi statusnya.”
“Namun, buat masa ini belum ada apa-apa nak umumkan lagi.”
TMJ sekali lagi mengingatkan penyokong JDT agar tidak percaya dengan khabar angin terutama sekali cerita sensasi di media sosial.
“Ingin saya jelaskan terutama kepada penyokong JDT, selagi tiada pengumuman rasmi, usahlah menyebarkan khabar angin. Saya tahu ada sesetengah media sosial nak kejarkan ‘like’ apabila memuat naik cerita yang sensasi.”
“Saya faham tapi apabila kelab tidak buat pengumuman bermakna tiada apa yang berlaku, ” tambah Tunku Ismail lagi.
Berkenaan dengan kemasukan pemain baharu, TMJ tidak menolak kemungkinan akan ada seorang, dua ataupun tiga pemain baharu yang akan dibawa masuk – dan mungkin juga tempat itu akan diisi oleh pemain akademi JDT.
JDT hampir pasti mengekalkan sebahagian besar skuad mereka pada musim lalu. JDT juga akan membuat persiapan pra musim di Dubai.
Baginda mahukan perlawanan pra pemanas badan yang berkualiti demi kebaikan kepada pasukannya. Dan Dubai dianggap destinasi terbaik untuk JDT mempersiapkan diri bagi menghadapi kejohanan seperti ACL.
Nampaknya JDT benar-benar teliti dalam persiapan pra musim mereka.

Ulasan