TMJ memberikan komen tentang prospek JDT dalam AFC Champions League musim akan datang. JDT ditempatkan bersama dengan pasukan kuat seperti Suwon Bluewings dan juga Guangzhou Evergrande.
TMJ menegaskan: “Saya rasa, Suwon Bluewings adalah bekas juara bukan? Guangzhou Evergrande pun pernah juara. Bagi saya selaku pemilik kepada kelab ini, saya sangat berbesar hati. Kerana ianya satu penghormatan dan pengiktirafan, dapat bersaing dengan bekas juara ACL.”
“Untuk berada dalam satu kumpulan pun, bagi saya.. , siapa tak kenal Guangzhou Evergrande, mereka merupakan pelabur terbesar dalam bola sepak di Asia.”
‘Mereka ada pemain-pemain dan jurulatih-jurulatih terbaik. Jadi, bagi saya, dapat menentang mereka, dapat belajar sesuatu daripada mereka adalah satu keistimewaan.”
TMJ enggan para pemain menganggap ianya sebagai satu beban tetapi satu kelebihan.
“Saya tak nampak benda itu satu beban.”
“Di atas kertas, ya, memang susah nak dapatkan keputusan yang baik. Tetapi untuk berada dengan mereka. Anda kena tengok juga dari sudut jenama kita, dari sudut komersial. Memang, dalam dunia bola sepak orang boleh kenal.”
“Untuk berada dalam ACL dan sekumpulan pula dengan Suwon Bluewings dan Guangzhou Evergrande, ianya pengiktirafan yang tinggi dan satu penghormatan yang tinggi untuk kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim.”
“Memang susah nak dapatkan keputusan yang bagus. Namun secara keseluruhannya, bukan sahaja para pemain boleh bermain menentang mereka yang terbaik, namun kami sebagai sebuah kelab belajar daripada mereka.”
“Dan saya rasa ianya perkara yang sangat positif, dan saya sangat positif.”
Ditanya tentang sasaran beliau sebelum ini untuk lolos ke pusingan kalah mati, TMJ menegaskan itu adalah sasaran awal.
TMJ berkata: “Itu adalah perancangan awal saya. Ianya masih perancangan awal dan masih dalam perancangan. Secara realistiknya memang sukar dan lagi sukar apabila kita duduk dengan mereka [gergasi Asia].”
“Tetapi kita kena lakukan yang terbaik dan kekal dengan perancangan kita untuk mencapai sasaran. Dan di dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku.”
“Apa yang kamu mahu jadi sebagai pemain bola sepak. Jika saya adalah pemain bola sepak. Saya mahu diingati. Saya mahu mencipta rekod peribadi, lain daripada pemain lain.”
“Saya selalu berpesan kepada para pemain, kamu jangan anggap ini sebagai satu beban, tetapi anggap ia sebagai satu peluang, untuk berkembang, bersinar dan belajar serta memperbaiki diri kamu sebagai pemain bola sepak.”
“Satu [pertama], saya cakap kita semua rasa bertuah kerana dapat beraksi di dalam AFC Champions League kerana ramai pemain yang digelar pemain berpengalaman yang ada di sini, tetapi tidak pernah bermain di peringkat tertinggi di Asia, di kalangan gergasi bola sepak [Asia], terutama sekali pada era moden hari ini.”
“Jadi, pemain-pemain JDT harus menganggap ia sebagai satu peluang untuk mereka beraksi, mendapat pengalaman dan memperbaiki permainan mereka sebagai pemain bola sepak.”
“Dan akhirnya nanti, mereka harus faham, yang berapa ramai pemain bola sepak dalam negara, dan sangat sedikit di antara mereka yang pernah beraksi di Asian Champions League.”
“Jadi mereka harus melihat perkara ini sebagai rezeki, rasa bertuah beraksi dalam Asian Champions League.”
“Sebab itu saya sentiasa memberikan dorongan kepada mereka. Saya tidak kata, kamu mesti menang! Tidak, tetapi saya pesan kepada mereka, kamu pergi ke luar sana, buat yang terbaik untuk kelab. Dan anggap benda ini sebagai satu rahmat.”
“Kita patut bersyukur, kerana tak semua orang merasa. Kamu sudah bermain bola sepak berapa lama? Sekurang-kurangnya para pemain ini [tunjuk dekat 3 pemain [JDT, Aidil-Hariss-Safawi] boleh berkata mereka pernah main di Asian Champions League.”
“Itu pada saya, perkara yang patut ada pada diri mereka.”
Aidil turut bersetuju dengan TMJ. Di mana para pemain tidak perlu menganggap ACL sebagai satu bebanan kepada mereka. Sebaliknya, mereka akan memberikan aksi terbaik setiap kali turun ke padang berhadapan dengan para pemain handalan.
“Kamu hanya dikira yang terbaik apabila beraksi di kalangan yang terbaik.”
“Ia memberikan manfaat kepada pelaburan yang kita buat selama ini. Dari segi jenama, ini lebih kepada untuk mempromosi jenama JDT kita.”
“Bercakap dari sudut komersial sekalipun. Kamu berada di sebelah Guangzhou Evergrande, satu dunia sedang melihat kamu.”
“Bagi saya, keputusan adalah penting, namun ianya tidak lebih penting daripada perkara-perkara yang positif. Kita harus tengok benda ni dengan sudut yang lebih positif, bukannya negatif ataupun sebaliknya.”
“Sudah pastinya ini akan menjadi pendedahan global, pendedahan antarabangsa untuk jenama. Jadi, bukan kita sahaja kita ada stadium yang baharu. Bukan sahaja kita berkembang dengan begitu cepat. Sapa tak kenal JDT.”
“Ini semalam yang saya cakapkan kepada para pemain dan kepada semua orang – JDT ni, kami adalah kelab yang kerdil dengan cita-cita yang besar. Kami bukan raja bola sepak Malaya, tetapi dunia kenal nama kami,” tambah beliau sambil berseloroh.
Ulasan
Catat Ulasan