Terengganu Mahu Lonjak Prestasi Saarvindran


Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain mengatakan beliau mahu menjadikan pasukannya sebagai platform buat pemain baharu merekai iaitu D. Saarvindran mendapatkan prestasi cemerlangnya.
Menurut laporan Sinar Harian, jurulatih itu menyedari potensi tinggi yang dimiliki oleh Saarvindran lantas beliau mahu membentuk pemain tersebut menjadi seorang bintang Harimau Malaya.

“Saya berharap beliau dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan Terengganu. Beliau pemain yang berkualiti cuma masih belum dapat bermain ke tahap prestasi terbaiknya.”
Bercakap mengenai komposisi skuad Terengganu musim ini, Nafuzi berkata ramai pemain muda bakal menjadi sandaran beliau di atas padang kelak.
“Ramai pemain skuad musim ini adalah daripada skuad TFC II serta Piala Presiden, mereka akan mengetuai cabaran kita di saingan liga.”
“Saya tidak meletakkan tekanan yang begitu tinggi kepada skuad. Saya cuma berharap mereka akan bermain dengan aksi konsisten lagi terbaik untuk pasukan. Jika kejayaan itu hendak datang, ia akan hadir.”
Terengganu akan ke Kuala Lumpur untuk menentang beberapa pasukan dari Singapura dan Kemboja bagi persiapan musim baharu.

Ulasan