Berita yang paling ditunggu oleh semua peminat JDT. Stadium baharu JDT sah akan sedia untuk menganjurkan perlawanan Liga Super musim 2020.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Kehormat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim iaitu Kapten Mohd Anizam Bin Jamian.
Menurut Anizam, stadium bahru itu akan siap sepenuhnya pada sekitar 25-30 Januari 2020. Ianya kira-kira sebulan sebelum sepak mula musim baharu liga Malaysia.
Sebelum ini, Malaysian Football League (MFL) mengesahkan sepak mula MSL adalah pada 28 Februari 2020.
Ini kerana faktor prosedur rapi serta proses Economic Control Programme (ECP) yang mulai diimplementasi pada musim hadapan.
Bagi melaksanakan ECP, MFL telah mengadakan taklimat pertama kepada kesemua pasukan bertanding mengenai proses serta prosedur ECP di Hotel Tenera, Bangi pada 18 November lalu.
Tirai Liga Malaysia akan disingkap pada 28 Februari ini dengan perlawanan Sumbangsih yang menemukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan juara Piala FA, Kedah di Stadium Sultan Ibrahim Larkin.
Dipetik dari sumber JST, Kapten Mohd Anizam Bin Jamian berkata: “Stadium baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri akan siap sepenuhnya pada 25-30 Januari 2020, lebih sebulan awal sebelum permulaan Liga Super Malaysia 2020.”
Beliau juga yakin stadium baharu tersebut akan menjadi stadium yang hebat dengan kondisi padang yang terbaik.
“Rumput Zeon Zoysia di stadium kini berada dalam keadaan yang terbaik dan kami dalam peringkat akhir menjadi sebuah stadium yang hebat.”
Ulasan
Catat Ulasan