SEKILAS PANDANG PERSOALAN YANG BERMAIN DI KOTAK FIKIRAN BERKENAAN HARIMAU SELATAN PADA MUSIM 2020
Lebih kurang dua bulan lagi, musim 2020 Liga Malaysia membuka tirai. Penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pastinya ternanti-nanti berita terkini, perkembangan serta wajah baharu Harimau Selatan.
Perasaan rindu, tidak sabar, berdebar serta teruja bercampur baur dalam diri masing-masing. Namun dalam masa yang sama, dalam diam juga ianya menarik perhatian seluruh pemerhati, pengkritik dan pesaing JDT yang turut sama menunggu detik tersebut.
“Rumours”, berita provokasi dan lain-lain yang bersangkut paut dengan JDT pula sentiasa ada dan tidak lekang dalam kitaran berita media sosial, media massa dan tabloid Malaysia.
REKAAN JERSI REKAAN TERBAHARU NIKE MUSIM 2020?
Rekaan jersi terbaharu JDT antara perkara paling menarik untuk disaksikan. Imbas kembali, pada musim 2019, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat sejarah terbaharu dalam bola sepak negara apabila menjadi kelab pertama di Asia Tenggara yang menerima kit jersi tajaan NIKE yang direka khas oleh Ibu Pejabat NIKE di Amerika Syarikat.
Reka bentuk ini melibatkan rekaan untuk jersi ‘Home’ dan ‘Away’ sekaligus menjadikan penampilan pertama JDT di saingan Liga Juara-Juara AFC 2019 mahupun saingan Liga Super Malaysia musim 2019 ketika itu berketerampilan lebih eksklusif.
Juga dinanti, satu acara rasmi serta video eksklusif mengumumkan jersi JDT yang menjadi perkara wajib saban musim yang akan diadakan serentak di serata daerah seluruh negeri Johor.
INTERPRETASI ANALITIKAL MELALUI PERLAWANAN PRA-MUSIM?
Perlawanan pra-musim pastinya akan diaturkan setelah semua pemain kembali ke kem latihan beberapa hari lagi. Perlawanan pra-musim adalah medan untuk memupuk persefahaman antara pemain, menguji taktikal dan juga keampuhan strategi barisan kejurulatihan. JDT bakal bertemu dengan kelab-kelab hebat serantau bagi persediaan awal sebelum Liga Malaysia membuka tirai.
PERLAWANAN PERTAMA DI STADIUM SULTAN IBRAHIM - MISI MENGEKALKAN KEJUARAAN PIALA SUMBANGSIH?
Seperti yang diketahui umum, Stadium Sultan Ibrahim dijangka akan digunakan pada tahun hadapan dan akan menjadi gelanggang baharu Harimau Selatan yang membawa reputasi sebagai kelab yang merangkul enam kali kejuaraan berturut-turut sejak tahun 2014.
Ketika itu sudah pasti, stadium ini akan menjadi tumpuan dan mercu tanda baharu bagi negeri Johor Darul Ta’zim secara khususnya.
Para penyokong Merah Biru dan tidak ketinggalan semua peminat bola sepak seluruh tanah air pastinya teruja bertandang serta menikmati aura dan atmosfera stadium baharu Harimau Selatan.
Semestinya keadaan berbeza 360 darjah jikalau dibandingkan dengan stadium-stadium yang ada di Malaysia malah menjanjikan pengalaman baharu bagi mereka kelak.
Manakala misi mengekalkan Piala Sumbangsih dibumi Johor mejadi misi pertama yang bakal diperjuangkan keseluruhan skuad Harimau Selatan di stadium terbaik Asia Tenggara ini.
AKSI PENAMPILAN KALI KEDUA DI LIGA JUARA-JUARA AFC?
Penampilan kali kedua barisan pemain JDT dalam persaingan kelab-kelab elit di Liga Juara-Juara AFC (ACL) akan menjadi tumpuan pada tahun hadapan berikutan prestasi impresif skuad Harimau Selatan pada aksi 2019.
Harimau Selatan pula sekali lagi mendukung tugas berat dalam membawa nama negara. Bagi penyokong setia JDT pula, sudah pasti berkeinginan kuat mahu melihat JDT bersaing sengit dan melangkah lebih jauh dari tanda aras yang ditetapkan pada musim 2020 yang bakal menjelang kelak.
Akhir kata, Harimau Selatan sentiasa terbuka dan bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menerima apa-apa sahaja halangan dan cabaran pada musim hadapan tanpa gentar.
Silakan. Kami sentiasa bersedia apabila gelanggang pertarungan sudah dibuka!
Adakah anda juga sudah bersedia?
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan