MALAYSIA SUPER LEAGUE POINT FROM 2013 TO 2019 RECORD

REKOD KUTIPAN MATA JDT SEJAK TAHUN 2013.
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sentiasa dipandang oleh rakyat Malaysia sebagai kelab setahun jagung yang hanya wujud pada tahun 2013. Bukan sebuah kelab yang dimahkotakan sebagai Raja Bolasepak Malaya tetapi realitinya JDT adalah sebuah kelab yang mengrevolusikan liga domestik dalam negara. Ketika dahulunya sekadar liga yang tidak ubah seperti liga bangkai bernyawa. Hidup segan mati tak mahu. Tiada tanda aras. Tiada hala tuju. Penuh korupsi, banyak birokrasi dan tiada aspirasi.
Kita tolak cerita korupsi dan birokrasi. Kita buktikan dengan fakta nyata. Liga konvensional yang katanya dibarisi pasukan-pasukan lagenda yang wujud sejak berpuluh tahun dahulu tidak mampu untuk menyaingi rekod yang dicapai oleh Harimau Selatan sehingga kini. Ini adalah kebenaran dan kebenaran amat pahit untuk ditelan.
Apabila dihimpun mata yang dikutip oleh JDT sejak tahun 2013, JDT mengungguli semua pasukan-pasukan yang telah lama bersarang dalam Liga Malaysia. JDT telah mengutip 349 mata sepanjang penglibatan dalam persaingan merebut kejuaraan paling tinggi dalam negara. 98 mata meninggalkan pasukan tangga kedua Pahang FA, 104 mata meninggalkan Selangor FA Raja Bolasepak Malaya, 211 mata meninggalkan Kedah FA yang sayup jauh dari mata.
JDT tidak mengimpikan gelaran atau pengiktirafan yang sekadar penyedap hati serta ilusi tetapi JDT menginspirasikan misi mengejar sejarah yang dibuktikan secara realiti dan visualisasi.
Akhir kata, JDT adalah faktor liga ini bertukar wajah. JDT adalah faktor liga ini menjadi lebih bewarna. JDT adalah faktor liga ini dipandang dunia. Namun sayangnya, tiada fakta yang mampu memberi hidayah dan kesedaran kepada rakyat Malaya serta mereka yang terlampau membenci JDT. Kebencian itu kini dilihat seperti barah yang merebak hingga ketulang hitam. Tetapi tidak mengapa, situasi itu adalah paling terbaik untuk Harimau Selatan lebih agresif mendominasi liga. Tidak perlu rakan sekutu, tetapi masih lagi bermutu.
Selamat datang 2020. JDT HYBRID. Jaga-jaga Malaya!
Tiada penerangan foto disediakan.

Ulasan