KEPUTUSAN KES AKHYAR DIKETAHUI SELEWATNYA HUJUNG BULAN INI - PRESIDEN KFA.
:
Keputusan mengenai kes perpindahan kontroversi bekas pemain Kedah, Akhyar Rashid yang dirujuk ke Pusat Timbang Tara (AIAC) di Kuala Lumpur bakal diketahui selewat-lewatnya hujung bulan ini.
:
Perkara itu dimaklumkan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika membuat ucaptama pada Kongres Tahunan KFA kali ke-44 yang berlangsung hari ini.
:
" Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) masih tidak berputus asa dalam usaha mencari kebenaran berkaitan kes perpindahan pemain, Akhyar Rashid ke pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) ini.
:
" Kes ini seolah-olah tidak bergerak kerana hingga kini ia masih belum memasuki fasa rayuan. Untuk makluman, sumbangan yang dikutip untuk Tabung CAS-KFA yang berjumlah RM50,000 dahulu sudah habis digunakan untuk menampung kos guaman kes berkenaan dan ia tidak mencukupi. Jadi, KFA menanggung segala kos tambahannya." katanya.

Ulasan
Catat Ulasan