JDT Bakal Umum Dion Cools Pada 20 Disember Ini?


Baru-baru ini pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) membayangkan akan membesarkan banyak projek di kelab tersebut, dalam usaha memastikan JDT akan terus ke hadapan.
Antaranya melibatkan pembinaan infrastruktur, perkara-perkara membabitkan aset kelab, dan rakan niaga baharu.
Terdapat banyak projek-projek baru. Di JDT kami tidak pernah berhenti daripada terus maju dan berkembang. Pengumuman besar akan dilakukan pada 20 Disember 2019.

[1/5]

View image on Twitter

73 people are talking about this
Turut tidak ketinggalan, pemain baharu juga akan dijangka dibawa masuk bagi memperkuatkan cabaran JDT pada musim 2020.
Antara khabar angin yang sedang bertiup kencang mengenai pemain yang akan dibawa masuk oleh JDT ialah pemain berdarah Malaysia-Belgium, Dion Johan Cools.

Sumber: Voetbal Belgie
Sama ada ianya kebetulan atau tidak beberapa hari yang lalu, sebuah portal bola sepak di Belgium, Voetbal Belgie telah mengaitkan perpindahan pemain bek kanan Club Brugge itu ke JDT pada jendela perpindahan Januari yang akan datang.
Ini bukan kali pertama Voetbal Belgie mengaitkan perpindahan Dion Cools keluar dari Club Brugge.

Pemain tersebut juga pernah membayangkan keinginan beliau secara terbuka untuk menyarung jersi Harimau Malaya sebelum ini

Sumber: Instagram Dion Cools
Di bawah kendalian Philippe Clement, Cools bukan lagi pemain pilihan di posisi bek kanan pasukan.
Sepanjang musim ini, Cools hanya diturunkan sekali di dalam kesebelasan utama untuk aksi liga, dan hanya beraksi tiga minit untuk Club Brugge ketika tewas kepada Paris Saint-Germain di pertandingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 7 November lalu.
Sekiranya Cools benar-benar diumumkan sebagai pemain di JDT, ini bermakna Cools adalah bakal pengganti kepada S. Kunanlan yang kini sudah berusia 34 tahun.
Kunanlan adalah antara bek kanan terbaik yang pernah disaksikan di Liga Malaysia. Beliau adalah pemain pilihan pertama di posisi tersebut sejak menyertai skuad Harimau Selatan pada 2015.
Beberapa kecederaan sebelum ini turut merencatkan sumbangan beliau kepada JDT.
Apa-apa pun perkara ini hanyalah sekadar khabar angin setakat ini. Sehingga artikel ini ditulis belum ada pengumuman rasmi dilakukan daripada mana-mana pihak.

Ulasan